Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik Yang Sedap

Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik Ala Thai Yang Sedap. Nasi goreng ada banyak jenis dan cara mempersembahkannya. Macam-macam boleh dicuba dengan menu asas nasi goreng. Yang paling legend tentulah nasi goreng kampung pedas kebabom!! Haha.. letak ikan bilis goreng rangup di atasnya. Hmm.. memang habis satu kuali.. hihi. Nak buat nasi goreng yang dipelbagaikan? Senang aje.. buat nasi goreng dulu kemudian tambah bahan yang lain.. contohnya nasi goreng ayam paprik ala Thai saya kat bawah ni. Jom cuba ramai-ramai..

Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik Ala Thai Yang Sedap

Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik Ala Thai Yang Sedap


Bahan-bahan Nasi Goreng:

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan-bahan paprik ayam:

Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak nasi goreng paprik ala Thai ynag sedap


Nasi Goreng –

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.

2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.

3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.

4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik ayam ala Thai–

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.

4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.

5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik Yang Sedap

Hah.. selesai dah satu resepi sedap iaitu nasi goreng paprik ayam ala Thai. Boleh dimasak bila-bila masa. Dibuat hidangan berbuka puasa pun sedap.. hingga menjilat jari. Nak resepi lebih banyak lagi? Anda boleh klik pada ruangan menu di atas dan cari label RESEPI. Ada beratus resepi menarik dan simple untuk pembaca tersayang semua daripada blog R&T. Okay!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close