Jadi, marilah amalkan cara pemakanan yang disarankan oleh doktor dan ibubapa kita sewaktu dalam pantang terutamanya.. jangan degil dan ego kononnya zaman moden ni tak perlu berpantang bagai.. anda akan menyesal di kemudian hari..

Wanita Dan Ais
Jom baca sedikit info tentang wanita dan kaitannya dengan meminum atau mengambil ais dalam minuman.
1) Minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersumbat dan perjalanan darah tidak lancar. Keadaan ini akan menjadikan darah haid akan melekat di dinding rahim.
2) Darah haid yang tersisa melekat di dinding rahim akan menyebabkan ketumbuhan dan juga kanser rahim.
3) Pengambilan ais semasa haid juga menjadikan rahim menjadi kembang dan tidak elok untuk kesihatan rahim.
4) Ais juga boleh menyebabkan pengeluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan. Jika diamalkan berterusan mungkin menjadikan keputihan semakin teruk.
Sayangi rahim, mahkota wanita.
Untuk kesihatan diri dan keluarga yang lebih baik, kaum wanita khususnya amalkan lah pemakanan yang sihat dan seimbang. Ini semua penting agar keluarga yang kita sayangi pun sama-sama menikmati hidup yang bahagia.

jangankan wanita..
ReplyDeletelelaki juga tidak bagus minum air yang ada ais..
alhamdulillah saya semakin kurang minum air yang ada ais