Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mula Ganti Puasa Untuk Ramadan Yang Lalu

Mula Bayar Puasa Untuk Ramadan Yang Lalu. Entri ni saya tulis sebagai satu perkongsian rasa apa yang saya alami sepanjang proses saya bayar balik puasa yang tertinggal lama dahulu, mungkin dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa. Mungkin ada puasa yang kita terlupa nak bayar balik, jadi inilah masanya kita kena buat.

Jangan tunggu masa nak pergi tunai haji baru nak bayar segala hutang puasa kita. Puasa adalah antara kita dengan Allah. Pahala puasa semua untuk kita. Allah kata, puasa adalah untukmu.. jadi jika anda ada masa terluang tak kira lelaki atau perempuan, bayarlah balik puasa yang kita tinggal dulu dengan cepat.

Mula Ganti Puasa Untuk Ramadan Yang Lalu


Saya tak ingat bilakah saya mula tinggal puasa, sengaja atau terbatal tanpa sengaja.. puasa main-main. Serius.. saya tak ingat. Jadi, ketika ini dalam keadaan sihat walafiat, ada kudrat.. maka saya berazam ganti puasa yang lepas-lepas secara teratur. Saya tak mahu tunggu last minute.. bila dah uzur baru nak ganti puasa.

Cara Niat Ganti Puasa Ramadan Yang Lepas


Mula Bayar Puasa Untuk Ramadan Yang Lalu
Mula Bayar Puasa Untuk Ramadan Yang Lalu 
Bila masa sesuai gantikan puasa ramadan yang lepas-lepas? Tentulah diwaktu kita sedang sihat dan muda. Ketika masih ada tenaga untuk berpuasa. Maka.. mulakanlah dari sekarang. 

Bila dah selesai dan yakin kita dah bayar habis hutang puasa kita, kemudian bayarlah fidyah sebanyak dan selama mana kita tinggal tak bayar puasa kita dahulu kala. Mungkin terlupa atau tak ada masa nak bayar. So, bayar puasa dan kemudian bayar fidyah sekali. 

Kalau tak tahan puasa setiap hari, anda boleh buat selang seli sampai habis.

Gantilah puasa ramadan kita yang lepas-lepas pada waktu ada kelapangan. Berpuasa sepanjang tahun pun boleh, jika tidak memudaratkan. Tapi ingat, jangan buat ganti puasa pada waktu yang diharamkan puasa iaitu pada 1 syawal, 10 Zulhijjah, dan seterusnya baca perkongsian di bawah daripada website JAWI.

Hari yang diharamkan berpuasa bagi umat islam adalah :

1. Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

"Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW."

2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud :

"Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari rayaq Aidiladha."

3. Hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :

"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT."

4. Hari Haid dan Nifas

5. Ulama Mazhab Shafie berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Syaaban. Iaitu yang di antaranya terdapat hari syak, melainkan kepada mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis, bagi mereka yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Syaaban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Syaaban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Syaaban. Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

"Apabila telah tiba pertengahan bulan Syaaban, janganlah kamu berpuasa." (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadis ini kerana hadis ini adalah hadis daif menurut pendapat Imam Ahmad.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close