Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap. Sedapnya lauk kupang masak lemak cili api. Sampai berebut abang dan adik makan, sebab kedua-duanya suka kupang. Kupang antara makanan laut yang dah jarang nak jumpa, kalau nak order pun kena cakap awal-awal pergi kat pasar. Kalau tidak, memang jarang ada stok.

Kupang banyak khasiatnya. Antaranya, tinggi kandungan kalsium - meningkatkan protein yang membentuk rawan. Juga, mengurangkan risiko dan boleh menyembuh penyakit sendi (arthritis), gout dan radang sendi yang sudah haus akibat penggunaan, kecederaan dan kecacatan yang diwarisi.


Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap 


Di bawah ni saya share resepi kupang masak lemak cili api, kalau nak buat ikut je stepnya.. mudah sangat.

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap


Bahan-bahan

● 1/2 kilo Kupang
● 1 biji santan kelapa
● 2 batang serai dititik
● 2 keping asam keeping
● 1 sudu serbuk perasa ayam
● Garam secukup rasa
.
Bahan-bahan dikisar lumat: 

● 1 biji bawang besar
● 3 ulas bawang putih
●1 sudu kecil serbuk kunyit
● 1 inci halia
● 1 biji cili padi merah
● 3 biji cili padi hijau
● 1 biji cili merah
● 1 tangkaiu daun kunyit - hiris kasar
● Air secukupnya
.

Cara memasak kupang lemak cili api:


1. Basuh kupang sehingga bersih.

2. Laraskan api sederhana dan masukkan santan dalam periuk.

3. Kacau sebentar dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan serbuk perisa ayam, asam keping, dan garam secukupnya.

4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak.

5. Taburkan hirisan daun kunyit ke dalam masakan. Biar seketika. Matikan api.

Kupang masak lemak cili api anda siap untuk dihidangkan. Masak dengan kulit kupang sekali menimbulkan rasa yang lebih sedap. Rasanya berbeza berbanding anda masak dengan kupang yang telah dibuang kulitnya.

Namun lain orang lain caranya. Boleh je buat kedua-dua cara. Nak buang kulit atau tidak. Yang penting jaga kebersihan masakan anda.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

  1. gambar resipi yang cantik sedap nampaknya

    ReplyDelete
  2. wah, sedapnya. Memang suka makan kupang ni. Nanti boleh la try masak macam ni pulak.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.