Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Keledek Oren Rebus Dalam Diet Sihat

Khasiat Keledek Oren Rebus Dalam Diet Sihat. Sejak akhir-akhir ini saya suka sangat makan keledek oren yang direbus. Rasa manis, lemak dan lembut tekstur keledek oren ni memang memikat deria rasa lidah saya. So, setiap kali pergi kedai, saya akan bele sekilo atau lebih keledek oren untuk direbus dan dijadikan kudapan petang. Teringat balik nostalgia lama dimana kami dahulu memang banyak tanam keledek di belakang rumah. Boleh dikatakan keledek dan ubi adalah makanan ruji kami sekeluarga waktu zaman susah dahulu. Daun keledek pun kami manfaatkan buat sayur atau ulam. Masa itu semua penuh dengan kenangan..

Oh ya.. kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. 

Khasiat Keledek Oren Rebus Dalam Diet Sihat

Khasiat Keledek Oren Rebus Dalam Diet Sihat

Keledek oren banyak khasiat rupanya. Dah banyak dah saya baca tentang manfaat buah keledek oren terutamanya dalam proses diet sihat yang sedang dijalani. Semoga perkongsian di bawah ini bermanfaat kepada semua.

Khasiat Keledek Oren Rebus Dalam Diet Sihat


Keledek oren memang banyak khasiatnya. Ia amat membantu dalam jadual menu diet anda.

Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi. Ia membantu untuk mengurangkan hemocysteine kimia dalam tubuh. 

Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung. 

Keledek juga kaya dengan sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. 

Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.  

Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Sebab itu, kalau sedang diet, anda boleh gantikan nasi dengan keledek oren yang menyebabkan anda boleh tahan lapar dalam tempoh yang agak panjang.

Dalam konteks untuk diet, keledek oren disarankan direbus ya, bukan dijadikan kuih muih yang mengandungi gula dan sebagainya.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close