Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

SHIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2018

SHIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2018. Alhamdulillah. Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM) telahpun melabuhkan tirainya. Juara pun dah diketahui dan hadiah pemenang amatlah lumayan!! Penaja pun best, KFC.. tiap malam sabtu macam terliur aje ayam-ayam tu atas meja juri. Geram tengok.. haha

Pada awalnya penjurian saya dan En suami, yang juara adalah Bocey dan mungkin ada chance Putih meraih tempat kedua atau ketiga. Tapi tekaan meleset sama sekali. Puteh memang kelakar tetapi populariti mereka belum dapat menggugat SHIRO yang telah ada pengalaman luas dalam pertandingan MLM ni. Sebelum ini, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak pernah memenangi tempat kedua MLM pada tahun 2013 dan 2017. Mungkin satu yang amat jelas, mesej yang disampaikan oleh Shiro amatlah briliant dan juga disukai oleh juri profesional.

SHIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2018
Gambar ehsan Harian Metro

Juri profesional untuk MLM 2018 adalah Douglas Lim (Ketua Juri), Tya Ariffin, Remy Ishak dan Scha Al Yahya.


SHIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2018


Setelah berjuang selama berminggu-minggu akhirnya pencarian juara MLM telah pun diketahui. Juara MLM 2018 milik kumpulan SHIRO. Juara dan semua peserta membawa pulang hadiah seperti berikut:

JUARA - Wang tunai RM500,000 dan piala iringan dari Astro
NAIB JUARA - Wang tunai RM250,000 dan piala iringan dari Astro
KETIGA - Wang tunai RM150,000 dan piala iringan dari Astro
KEEMPAT - Wang tunai RM50,000 dan piala iringan dari Astro
KELIMA - Wang tunai 15,000 dan piala iringan dari Astro

Sebenarnya, jika dilihat persembahan MLM akhir malam tadi, SHIRO saya jangka jatuh tempat ketiga kerana lawak mereka biasa biasa je, namun yang pasti.. adalah, mesej mendalam yang sering disampaikan mungkin yang jadi kelebihan Shiro untuk dipilih oleh juri untuk dinobatkan sebagai pemenang MLM 2018.

Kumpulan Shiro juga dipilih sebagai Punchline terbaik.

Tahniah kepada kumpulan SHIRO!

Lain-lain pemenang adalah seperti berikut:

Tempat Kedua - BOCEY
Tempat ketiga - ZERO
Tempat keempat - PUTIH
Kelima - TAMAN

Walau apa pun, tahniah sekali lagi kepada semua perserta yang telahpun berada di pentas akhir MLM malam tadi. Selamat maju jaya kepada semua!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close