Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Itu HPV? Cara Nak Bebas Dari HPV

Sejak kebelakangan ini saya kerap terbaca pengalaman orang lain tentang HPV. Oleh kerana benda ni baru pada pendengaran saya, saya pun google tentang penyakit ini. Adakah ia berbahaya? Sama bahayanya dengan HIV dan sebagainya. Virus human papilloma (HPV) adalah sejenis virus yang berjangkit melalui aktiviti seksual. Ada lebih 200 jenis HPV berlainan dan 80 peratus daripada lelaki dan wanita akan dijangkiti sekurang-kurangnya satu jenis HPV genital pada masa tertentu dalam hidup mereka.

Apa itu HPV? Secara ringkas bermaksud ‘Human Papilloma Virus’. Virus ini boleh menyebabkan kanser servik.

Apa Itu HPV? Cara Nak Bebas Dari HPV

Walaupun kebanyakan jenis HPV tidak membahayakan, beberapa jenis HPV yang diketahui boleh menyebabkan kanser tertentu seperti kanser serviks, anus dan orofarinks. Di seluruh dunia, kanser serviks adalah kanser keempat yang paling kerap dihidapi oleh wanita dan menyebabkan kira-kira 270,000 kematian pesakit wanita di seluruh dunia.

Macam mana pula tanda-tanda seseorang itu dihinggapi HPV? Jom kita semak tanda-tandanya.

Bagaimana HPV berjangkit? 


1. Jangkitan HPV paling kerap terjadi semasa melakukan hubungan kelamin, samaada melalui faraj, mulut atau dubur.
2. Seseorang yang telah dijangkiti berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda/gejala.
3. Seseorang masih boleh mempunyai jangkitan HPV walaupun setelah bertahun lamanya dijangkiti.
4. Kebanyakan orang tidak menyedari mereka telahpun menjangkiti pasangan mereka.
5. Terdapat kemungkinan dimana seseorang boleh dijangkiti lebih dari satu jenis subtype HPV.

Di negara maju, ada beberapa pendekatan pencegahan kanser berkaitan HPV dan satu daripadanya pemvaksinan HPV yang mencegah jangkitan ini dengan berkesan.

Pendekatan lain termasuk ujian HPV dan ujian saringan lumuran pap yang disasarkan kepada individu yang mungkin sudah terdedah kepada virus terbabit.

Di negara membangun pula, akses kepada kedua-dua pendekatan pencegahan ini amat terhad. Kanser berkaitan HPV kerap didiagnosis ketika keadaan penyakit berada pada peringkat lanjut. Ini menyebabkan proses rawatan tidak begitu efektif dan menjadikan kadar kematian akibat kanser serviks lebih tinggi.

Disebabkan akses terhad, kesan HPV dalam kalangan komuniti yang kurang berkemampuan didapati lebih membimbangkan.

Sebagai usaha untuk memastikan rakyat negara ini dilindungi daripada HPV, Malaysia antara negara terawal memberi pemvaksinan HPV kepada pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Selain program imunisasi di peringkat sekolah kohort, wanita yang tidak terbabit dalam Program Immunisasi Kebangsaan masih mempunyai risiko menghidap penyakit ini. Meskipun ujian lumuran pap boleh didapati di kebanyakan klinik kesihatan, masih ramai wanita Malaysia tidak sedar kepentingan perlindungan dan akibatnya mereka tidak menjalani ujian berkenaan.

Lebih 40 peratus kes kanser didiagnosis apabila ia sampai ke peringkat lanjut. Ini menunjukkan pemvaksinan HPV daripada jangkitan HPV yang lebih luas dan ujian penyaringan serviks harus dipertingkatkan untuk mencegah kanser serviks dan penyakit lain yang berkaitan dengan HPV. 

Perunding Ginekologi Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Woo Yin Ling berkata, sebagai usaha jangka panjang membasmi kanser serviks di negara ini, satu projek perintis program saringan serviks dinamakan ‘Removing Obstacles to Cervical Screning’ (ROSE) dijalankan. Projek ROSE yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai institusi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) diketuai PPUM bertujuan memperkasakan wanita untuk mengambil langkah pertama melindungi diri daripada kanser serviks dengan menjalani ujian pemeriksaan serviks bagi mengenal pasti sama ada mereka dijangkiti HPV.

“Setiap hari, saya lihat kesan kanser serviks di peringkat lanjut amat teruk dialami wanita dan keluarga mereka. Kebanyakan kes boleh dicegah atau dirawat jika mereka mengambil langkah melakukan pemeriksaan awal. “Kombinasi pemvaksinan HPV dan saringan lumuran pap secara berkala sangat berkesan dalam mencegah kanser serviks. Namun, rakyat Malaysia perlu tahu kini kita mempunyai pelbagai cara mengurangkan risiko kanser serviks,” katanya pada majlis pelancaran sambutan Hari Kesedaran HPV Antarabangsa sempena acara larian Malaysia Women Marathon (MWM), baru-baru ini. 

Beliau yang juga Konsultan Kehormat di CRM berkata, kit ujian sendiri berbentuk putik kapas dan bekas silinder khas disediakan sebagai satu pilihan alternatif kepada pemeriksaan serviks yang selalunya dijalankan oleh pakar kesihatan. 

“Berdasarkan pelan dalam projek ini, wanita boleh mendapatkan kit ujian berkenaan menerusi jualan di kaunter sebelum melakukan ujian sendiri di rumah dengan mengambil sampel di vagina. “Sampel kemudian dibungkus dengan selamat sebelum dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya. Kaedah penghantaran sama ada menghantar sendiri, menggunakan perkhidmatan e-hailing atau pekerja penghantaran.

“Kami juga bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menghantar keputusan ujian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Kaedah ini bagi memudahkan wanita dan mereka tidak perlu datang kembali ke makmal mengambil keputusan ujian, selain mengelakkan kemungkinan dokumen keputusan tercicir,” katanya.

Kesimpulannya, berhati-hatilah kepada anda di luar sana apabila menjalinkan hubungan yang kurang sihat. Apapun alasannya, kembali kepada fitrah asal kejadian kita yang suci murni tanpa dosa dan berharap untuk kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik juga.

Sumber:
1. Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 April 2018, sumber Harian Metro
2. Apa itu HPV?

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close