Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang

Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang. Ya.. siapalah yang tak nak hidup bebas dari hutang keliling pinggang. Rasanya, hampir kebanyakan dari kita pernah berhutang dan sedang menanggung hutang. Ada ketika kita tak mampu nak selesaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Apakah sebabnya? Adakah kita memang seorang yang tidak mematuhi janji? Bak kata orang sekarang "janji dicapati!!". Harap kita bukanlah dari golongan yang munafik itu..

Bila dah berhutang kena bayar. Walau kita dah meninggal dunia, waris kita yang masih hidup kena jelaskan hutang-hutang kita. Ingat tu..

Selain dari kita berusaha untuk bayar hutang, ada juga usaha doa dan ikhtiar kepada Allah untuk kita dipermudahkan membayar hutang.


Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang


Apakah Surah yang dimaksudkan? Adalah surah yang dimaksudkan adalah Surah Yassin, Ar Rahman, al Waqiah dan surah al Mulk. Bilakah waktu membacanya? 

Surah yang berkenaan adalah:

Amalkan Baca 4 Surah Selepas Solat Untuk Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang

1. Selepas Maghrib - surah Yassin
2. Selepas Dhuha - surah Ar Rahman
3. Selepas Subuh - surah al Waqiah
4. Selepas isyak - Surah al Mulk

Amalkan setiap hari. Dengan keyakinan bahawa Allah akan menyelesaikan beban hutang kita dengan mendatangkan rezeki yang melimpah ruah kepada kita. Dengan izinNya, mungkin kita dinaikkan gaji, dengan izin Allah jua mungkin kita dipermudahkan perniagaan kita dengan langganan yang banyak dan sebagainya.

Rezeki Allah didatangkan dalam pelbagai cara dan bentuk. Semoga ada jalannya untuk kita menyelesaikan beban hutang kita.

Semoga bermanfaat. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close