Cukuplah itu menu asas kami sekeluarga seminggu sekali. Kalau air kat tempat kita orang dinner ni tentulah teh aisnya yang menyengat! Memang sedap gitu!
Bila hero yang besar balik dari kolej, menu bertambah lagi satu iaitu telur bungkus. Layankan je tekak anak-anak.. kan?
Sebenarnya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak. Bila sesekali makan di luar, kita sebenarnya berkongsi rezeki dengan orang lain. Restoran tu dapat duit boleh bayar gaji pekerja, bertambahlah rezeki orang lain pulak. Begitulah pusingab kehidupan kita..
Dinner Ikan Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung Dan Tomyam Campur

Siakap 3 rasanya boleh tahan sedap. Rasa manis masam dan pedas. Bila tergigit daun ketumbar.. rasa lebih segar dengan aromanya itu.
Kalau nak masak siakap 3 rasa, anda boleh tengok resepinya di sini 👉👉👉 Resepi Siakap 3 Rasa Yang Kaw!
Begitu juga dengan sotong goreng tepungnya, rangup dan lembut rasa sotongnya. Tak liat pun.. memang mantap la!
Kalau nak resepi sotong goreng tepung rangup, tengok resepinya 👉👉👉 DISINI

Orang kata kalau masak sendiri lebih jimat, tapi saya kalau dah penat, lebih baik suruh orang masakkan. Bukan selalu..
Tapi kalau mood "rajin masak" dah datang, dah tengah malam pun masuk dapur masak apa yang tergerak... hehe
Sebenarnya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak. Bila sesekali makan di luar, kita sebenarnya berkongsi rezeki dengan orang lain. Restoran tu dapat duit boleh bayar gaji pekerja, bertambahlah rezeki orang lain pulak. Begitulah pusingab kehidupan kita..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.