Header Ads

Cara Buat Lontong Kering Paling Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Buat Lontong Kering Paling Sedap
Cara Buat Lontong Kering Paling Sedap. Baru je balik dari breakfast kat satu restoran berhampiran taman perumahan kami. Saya order lonting kering. Subhanallah.. sedapnya. Ada serunding kelapa, sambal kacang, sayur sambal goreng jawa dan saya padankan kesedapannya dengan rendang ayam. Rasanya macam nak tambah dua tiga pinggan. Tapi apakan daya, perutku cuma satu.. hehe.

Bila balik je terus google cara nak masak pakej lengkap lontong kering macam saya makan tadi. Akhirnya, di bawah ni saya kongsikan kompilasi bahan campuran dalam semangkuk lontong kering yang sedap.

Cara Buat Lontong Kering Paling Sedap

Cara Buat Lontong Kering Paling Sedap

Cara Buat Lontong Kering Paling Sedap


Jom kita ikuti langkah demi langkah sampai sempurna masakan kita nak hasilkan lontong kering legend, makan sampai tak ingat dunia!!

Langkah 1;


Nasi Impit:

5 bungkus nasi impit segera - rebus lebih kurang 3 jam
Letak sedikit garam 

Caranya:

1. Toskan nasi impit yang sudah masak. Biarkan sejuk. Hiris ikut saiz yang disukai. Ketepikan.


Langkah 2:


Sambal goreng jawa simple


Bahan-bahan:

Bahan A:
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili merah dan hijau - dihiris
Halia - dihiris

Bahan B:
Kentang - dipotong panjang
Tempe - dipotong petak kecil
Suhun secukupnya
Daging - direbus dan dihiris
Petai - dikopek
Kacang mata hitam - direbus

Bahan C
Air asam jawa
Gula
Kicap
Garam


Cara cara:

1. Kentang, tempe dan suhun digoreng dulu dan diasingkan.

2. Panaskan minyak, tumis Bahan A.

3. Bila dah layu Bahan A, masukkan Bahan B satu persatu. Biasanya suhun tu last sekali.
Sambil masukkan bahan tu gaul lah sikit.

4. Kacau semua bahan bagi sebati, sambil tu masukkan Bahan C secukup rasa satu persatu.

Langkah 3:


Sambal kacang simple


Bahan-bahan diperlukan:

1 kg kacang tanah
3 ketul gula melaka
serbuk cili
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:

1. Kacang digoreng garing dengan sedikit saja minyak (just cukup2 kacang basah dgn minyak je. utk cepatkn proses menggoreng) kalau nak goreng tanpa minyak pun boleh. Tapi makan masa sikit.

2. Kisar kacang yg digoreng garing td dgn air.

3. Masukkan semua bahan (minyak masak, gula melaka, serbuk cili, kacang tanah) ke dalam periuk / kuali

4. Masak dgn api sederhana, dikacau sentiasa supaya tak hangit. Masak sehingga hilang rasa mentah serbuk cili. Kuantiti serbuk cili, gula melaka dan garam bergantung kepada citarasa. Jika rasa kurang pedas, tambah lagi serbuk cili dan masak lagi.
5. Tambah air jika terlalu pekat. Sesuaikan rasa dgn garam.

Langkah 4:


Ayam rendang


Bahan-bahan diperlukan:

1kg ayam
5inci lengkuas
5inci halia
1inci kunyit(nk guna serbuk kunyit pn blh)
5 ulas bawang putih
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit
sedikit cili giling
kerisik (dari 1 biji kelapa)
2biji bawang besar
4 Helai daun limau purut
Santan pekat (dari 1 biji kelapa)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa. sedikit gula




Cara menyediakan dan memasak:

1. Blend lengkuas/halia/bawang putih/bawang besar/kunyit.

2. Perapkan ayam yg telah di bersihkan tadi dgn bahan2 yg telah di kisar.(Perap selama 1jam/lebih lama lebih baik)

3. Masukkan juga cili giling, garam/ serbuk perisa dan sedikit gula. Hiris daun kunyit halus-halus/daun limau purut di cerai-ceraikan kasar-kasar.
4. Tumiskan sedikit bawang dan daun limau purut sehingga naik bau dan juga asam keping. Masukkan ayam yg telah di perap tadi,kacau sekejap.. masukkan pula kerisik/ santan dan sedikit air.
Biar sampai mendidih, masak hingga ayam empuk.. Dah siap..~selamat mencuba~

Langkah 5:


Serunding kelapa



Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut (anggaran RM1-2)
2 sudu cili kisar
2-3 ulas bawang merah (tengok saiz la ye..)
1-2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 batang serai - dititik
Sejemput bilis atau udang kering
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk serbuk kunyit (boleh adjust untuk nampak cantik..)
1 keping asam gelugor
2 helai daun limau purut
Garam
Gula
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1) Kisar cili, bawang merah dan putih, lengkuas dan bilis/udang kering, serbuk kunyit, ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar di atas. Masukkan serai, asam keping dan serai. Tumis sampai naik bau.

3) Masukkan kelapa parut, garam dan gula. kacau rata. Biasanya serunding kena manis sedikit, tapi kena balance dengan garam dan asam.

4) Kacau terus sehingga kelapa agak kering dan berderai serta cukup masak. Jika elok masaknya, serunding akan tahan lama. Nak lagi tahan, simpan di dalam peti sejuk.

Langkah 6:


Cara hias lontong kering tradisi dan sedia dimakan😘:

1. Masukkan beberapa ketul nasi impit ke dalam mangkuk. Masukkan sayur sambal goreng jawa, sambal kacang dan juga ayam rendang ke atasnya. 

2. Akhir sekali taburkan sedikit serunding kelapa di atasnya.

Lontong kering anda siap untuk dimakan. Dapat macam ni, memang betul-betul lontong kering tradisional. Bahan-bahan yang asas dan legend, seperti mak bapak kita buat dulu kala.

Selamat mencuba!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.