Amarah adalah puncanya timbul benci dan dendam. Jadi, lenyapkanlah kemarahanmu, agar timbul ketenangan dalam diri. Jika rasa marah, ucapkanlah "Astagfirullah.. sampai banyak. Sampai kita jadi lembik beristighfar. Dari situ, kita dah jadi redha. Dah hilang marah. Jika lain kali timbul semula rasa marah, beristighfar lagi. Marah ni hasutan syaitan. Mereka lagi suka kita bergaduh, benci membenci, putus silaturrahim kerana itulah janji mereka di hadapan Allah. Na'uzubillah..
Lenyapkanlah Api Kemarahan..
Saat jadi pemarah, kau telah kalah.
Saat jadi pembenci, nuranimu telah terkunci
Saat jadi pendendam, kebenaran telah padam
Lenyapkanlah api kemarahan. Hati akan kembali tenang..
Kerana marah, kau hilang arah
Kerana marah, kau dibenci dan membenci
Kerana marah, kau hilang sahabat
Kerana marah, kau boleh ditimpa sakit..
Marah itu panas..
Panas hati, panas jiwa, panas rasa
Kerana marah adalah hasutan syaitan
Yang berasal dari api yang panas
Jangan jadi kawan syaitan
Yang tak habis mencari kawan..
Yang tak penat menghasut manusia
Untuk selalu marah dan marah..
Sejukkan api kemarahan dengan istighfar
Raupkan wajahmu dengan air sembahyang
Duduk sebentar dan berfikir sejenak
Apa faedahnya marah ini?
Kerana pada akhirnya..
Kita sendiri yang susah
Kita sendiri yang sakit
Kita sendiri yang lelah
Tak ada faedah!!
Lenyapkanlah kemarahanmu!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.