Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenali MB Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin Jamal

Kenali MB Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin Jamal. Dr Sahruddin, 43, menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan, Isnin lalu.

Sebelum ini, beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.

Majlis ringkas itu bermula jam 9.30 pagi dan tamat 25 minit kemudian.

Pada Pilihanaya Umum ke 14 (PRU 14), Dr. Sahruddin memenangi kerusi DUN Bukit Kepong dengan majoriti 1,273 undi.



Beliau memperoleh 11,665 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Noor Taib dan Muhammad Nur Iqbal dari PAS.

Kenali MB Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin Jamal


Kenali MB Johor Ke 17 Yang Baru Iaitu Dr Sahruddin

Dilahirkan di Muar,  Dr. Sahruddin merupakan doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia.

Berkahwin dengan Dr Nila Armila Mukdan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang anak perempuan.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh.

Yang nyata, kepimpinan PH di negeri ini dijangka masih diteruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menunjukkan kesepakatan kepimpinan PH seperti yang telah dipersetujui ketika Pilihanraya Umum ke-14.

Menurut Osman pada satu sidang media pada Sabtu, ketika pertemuannya dengan Sultan Johor, baginda bertitah akan menetapkan beberapa syarat terhadap menteri besar baharu.

Syarat-syarat itu dijangka perubahan besar dalam pembentukan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagaimana yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close