Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Petua Lebat Dan Lembutkan Rambut Dengan Air Beras

Petua Lebatkan Rambut Dengan Air Beras. Air beras banyak khasiatnya. Antaranya boleh buat cuci rambut. Boleh juga buat lulur muka dan banyak lagi. Kali ni saya nak share tentang khasiat air beras sebagai alternatif mendapatkan rambut lembut dan cantik.

Nak cantik ada bamyak caranya. Pilih je nak yang mahal atau murah. Kalau nak yang murah, kita gunalah cara tradisional. Guna beberapa langkah dan bahan, dah boleh dapat apa yang kita impikan.

Petua lembutkan rambut dengan air beras

Petua Lebatkan Rambut Dengan Air Beras 


Bahan-bahan diperlukan:

● Beras
● Air bersih
● Bekas kedap udara/ botol

Cara-caranya:

1. Ambil setengah cawan beras dan basuh bersih

2. Kemudian, letak beras ke dalam bekas atau botol dan masukkan air bersih. Rendam beras sehingga air bertukar menjadi putih seperti susu.

3. Tapis dan asingkan beras dari air rendaman. Simpan air beras di dalam peti. Keluarkan bila nak guna.

4. Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit.

5. Kemudian bilas menggunakan syampu dan perapi rambut.

Dah siap.

Dengan sekali cuci rambut dengan air beras, anda boleh dapat rambut yang cantik dan bersinar tanpa perlu belanja mahal. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak cubalah.terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Hi cik ..Lepas masuk air beras dlm botol..berapa lama boleh tahan sblm buat air baru . 🙂

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.