Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Apam Kampung Yang Terlajak Mudah

Resepi Kuih Apam Kampung Yang Terlajak Mudah. Apam kampung ni saya panggil apam 'bodoh' sebab warnanya yang biasa je dan tak ada rupa hipster seperti menu zaman sekarang 😀😀😀, so bila saya sebut apam "bodo" semua anak-anak tahu. Dulu masa zaman agak susah, bonda saya sering buat apam kampung ni. Amat mudah nak buat dan bahan-bahan semua murah. Makan panas-panas ya Allah.. sedapnya.

Resepi apam kampung
Gambar hiasan - norazlitaaziz.blogspot
Gambar ehsan google

Resepi Kuih Apam Kampung Sukatan Cawan Yang Terlajak Mudah


Jomlah kita mencuba apam kampung ni, dengan resepi yang saya olah sedikit dari blog Sinar Kehidupanku dan juga majalah rasa online..

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 cawan gula merah
2 sudu makan gula putih (gula biasa)
1 paket mauripan

CARA MEMASAK APAM KAMPUNG:

1. Campurkan gula merah ke dalam bekas berisi air suam. Larutkan

2. Kemudian dalam bekas berlainan, masukkan tepung, mauripan dan gula putih. Kacau hingga sebati.

3. Tapis larutan air gula merah tadi ke dalam bekas berisi tepung. Kacau hingga sebati dan perap selama 1 jam hingga kembang.

4. Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi (jangan kacau adunan yang diperam tu).

5. Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.

6. Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.

Kalau nak kelapa parut tu cantik, buang kulit isi tu, barulah di parut. Nak kelapa muda lagi sedap. Lembut je kelapanya..

Semoga resepi apam kampung sukatan cawan di atas dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog yang baru nak belajar buat apam.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close