Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun Dan IC Baru

Selamat Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun. Happy birthday prince. Kamulah buah hati ibu ayah dan kesayangan abang. Semoga kamu membesar dengan cemerlang, dikurniakan takdir yang baik-baik dan berjaya dunia akhirat.

Perjalanan yang agak letih jugak hari ini. Di sebelah pagi anakanda kami ada peperiksaan akhir tahun. Sebaik habis sekolah, terus angkut dia ke JPN. Tukar baju pun dalam kereta. Hai nasiblah nak.. sebab kita mengejar masa.

Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun Dan IC Baru

Kek strawberry untuk birthday boy. Memang dia yang pilih. Ikut kan je lah..


Walau dah besar, bila bergambar tetap nak meleset kat ibu dia.. orang kata anak manja, rasanya sama je dengan abang dia yang jauh di Mesir tu.. (biasalah anak lelaki kan lebih kat ibu dia.. kihkih)

Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun Dan IC Baru

Lebih kurang 3 jam juga masa dihabiskan untuk buat IC baru umur 12 tahun. Sebab lama adalah kerana kena buat atau update sijil kelahiran dan masa menunggu. Biasalah, jabatan kerajaan.. pasti jadi tumpuan untuk pelbagai urusan.


Selamat Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun


Bila usia menjelang 12 tahun, ada je agenda penting untuk diselesaikan untuk putera ke dua ini. Yang penting tentulah kena buat Kad pengenalan baru. Dari myKid tukar ke MyKad. Betul kan? Yang ini dah selesai tadi. Lama juga menguruskannya, dekat 3 jam.

Rupanya bila nak tukar myKid usia 12 tahun, kena update Sijil Kelahiran sekali. Warna hijau gitu..

Step dia macam ni:

Cara Buat Sijil Kelahiran Baru Untuk Anak Usia 12 Tahun


1. Fotostat siap-siap IC ibu atau bapa
2. Fotostat surat beranak anak yang lama
3. Pergi ke bahagian Cabutan Daftar kelahiran
4. Ambil nombor giliran dengan borang sekali. 
5. Penuhkan borang dengan betul, ikut panduan diberikan, anda wakil anak.. jadi maklumat anda yang ditulis
6. Bila nombor dipanggil, pergi ke kaunter. Bawa anak bersama
7. Tunggu sehingga nama sijil kelahiran / nama anda dipanggil (wakil anak)
8. Dapat Sijil Kelahiran anak yang baru

Cara Buat IC Anak Usia 12 Tahun


1. Pergi ke bahagian Kad pengenalan. Bawa myKid, Sijil Kelahiran baru seperti di atas, dan ambil nombor giliran. Jangan lupa fotostat IC anda sebagai wakil anak. Anda akan diberi borang buat IC anak
2. Penuhkan borang dengan panduan yang diberikan
3. Bila nombor dipanggil, serahkan semua dokumen tersebut dengan borang
4. Bila cap jari kanan dan kiri okay, gambar anak akan diambil on the spot, dengan kamera tersedia.
5. Ibu atau bapa kena cap jari pada mesin pengimbas juga.
6. Bila dah selesai, anda kena tunggu lebih kurang 30 minit untuk dapat IC baru.
7. Selesai.

Semoga cara nak buat sijil kelahiran anak umur 12 tahun dengan cara nak buat IC usia 12 tahun di atas dapat memberikan sedikit gambaran tentang proses buat dokumen untuk mereka.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close