Header Ads

Berbagi Rezeki, Sedekah Yang Tak Terduga


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Berbagi Rezeki, Sedekah Yang Tak Terduga
Berbagi Rezeki, Sedekah Yang Tak Terduga. Saya suka menulis tentang kebesaran sedekah yang semua orang pun tahu dan sedar akannya. Kalau kita lihat semua agama amat menggalakkan amalan sedekah smaada kamu beragama islam atau yang lainnya. Setiap agama percaya bahawa memberi dahulu untuk mendapat apa yang kamu kejarkan.  Maksudnya berlumba-lumbalah untuk menjadi tangan yang memberi daripada tangan yang menerima.

Walau kat mana kita pergi, apabila terdetik hati mahu bersedekah, akan ada je orang yang selangkah awal dari kita. Dan sedekah ni dalam pelbagai bentuk ya. Bukan setakat wang ringgit semata-mata..

Berbagi Rezeki, Sedekah Yang Tak Terduga


Alkisahnya hari ni saya makan di sebuah restoran kegemaran. Minggu lepas saya ada terkurang bayar nasi campur yang dimakan. Kurang RM2.00. So, niat dihati nak makan dan bayar sekali hutang makan tu..

Berbagi Rezeki, Sedekah Yang Tak Terduga
Dalam hidangan ini ada sedekah
Hamba Allah yang ikhlas

Ketika mak cik tu mengira hidangan yang saya makan, saya ada ingatkan tentang hutang RM2.00 saya yang cukup bayar minggu lepas, dia kata tak apalah.. dia dah tak ingat.

Tapi saya berkeras nak dia kira sekali. Mak cik tu senyum je dan berlalu.

Ketika nak bayar, jumlah semua sekali RM19.00 termasuklah lauk makan dan air anak saya. Lepas tu mak cik tu kata, "yang RM2.00 tu payah. Saya dah halalkan."

Rasa berbesar hati sangat dengan sikap mak cik tu. Saya tak boleh menolak kerana saya amat faham niatnya, iaitu niat bersedekah. Jika kita faham konsep begitu, kita akan mengizinkan peluang orang membuat pahala daripada niat sedekahnya itu.

Insya Allah, telah saya doakan mak cik itu terus kaya, berjaya, bahagia dan tenang hidupnya dari dunia hingga ke akhirat. Maju jaya dalam perniagaannya, diberkati dengan rezeki yang halal.

Kemudian, selepas menghantar anak ke sekolah, saya berhenti singgah di kedai runcit milik seorang muslim. Memang niat nak support peniaga muslim.

Setelah memilih barang antaranya, sabun basuh, minyak masak, sabun pencuci pinggan mangkuk, dan banyak lagi.. jumlah keseluruhan adalah RM103.20. So, saya sediakan duit syiling RM0.20 bersama dengan not RM100 2 keping. Saya kata maaf tak ada duit kecik.

Adik cashier tu senyum je. Semasa ambil duit saya tu, dia pulangkan RM0.20 tu dengan kata tak apa, RM103 je. So, saya faham lagi. Dia pun berniat nak bersedekah.

Hari ni saya belajar konsep berbagi rezeki dan sedekah walau berapa jumlahnya dan apa bentuknya. Ia tetap di kira sedekah asalkan itu niat kita seikhlasnya.

Saya cemburu dengan 2 kisah dan situasi di atas, di mana mereka melangkahi niat saya yang baru nak buat tetapi mereka dah laksanakan.

Oleh itu, jika anda ada niat nak bersedekah walau apa bentuknya, usah berlengah. Kita tak tahu dengan sedekah yang mana satukah yang Allah akan tambahkan rezeki kita dari pelbagai sudut.

Subhanallah..

1 comment:

  1. Allahu terima kasih atas perkongsian, kak dapat sesuatu daripada kisah tu semua :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.