Header Ads

Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu, Rezeki Dan Amalan


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu, Rezeki Dan Amalan
Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu, Rezeki Dan Amalan. Tiada senjata yang paling ampuh dan mudah saja amalannya melainkan DOA. Doa dari orang biasa atau luar biasa, kaya atau miskin, tetap Allah akan makbulkan. Cuna janganlah angkuh ketika berdoa. Itu Allah tak suka. Lakukan doa dengan merendah diri, fokus dan terperinci apa yang anda kehendaki. Jangan takut untuk berdoa atau meminta kepada Allah. Allah Maha Kaya. Kekayaan Allah seluas alam buana ini. Semua milik Allah. Jadi, mintalah sebanyak-banyaknya yang anda mahu. Nescaya setiap sebutan doa anda akan dimakbulkan, cepat atau lambat dan dalam pelbagai cara.


Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu, Rezeki Dan Amalan


Jom sama-sama amalkan doa di pagi hari ni. Doa yang sudah biasa saya amalkan sebaik bangun tidur selain dari doa bangun tidur tu..

Jadikan doa ini satu kemestian atau check list anda di awal pagi. Insya Allah sepanjang hari, hidup anda dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan.

Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu, Rezeki Dan Amalan 

Doa di pagi hari dalam rumi:

Allhumma inni asaluka ilman nafi'an, warizqan toyyiban, wa'amalan mutaqabbala..

Maksudnya;

Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.

Semoga bermanfaat ya.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.