Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Lain

Cara-Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Lain. Cara ini dapat memudahkan urusan anda dalam waktu-waktu terdesak seperti urusan pengeluaran wang dari ATM bank terpilih. Namun syaratnya anda dah link kad ATM bank anda dengan akaun tabung haji. Kemudian transfer dari akaun tabung haji ke akaun simpanan anda. Lepas tu baru boleh keluar duit tu. Ini bagus untuk kes-kes kecemasan.

Pada waktu lain jika anda dah ada duit lebih, transfer semula duit tabung haji yang anda dah guna itu dari akaun simpanan anda pula. Kan memudahkan..

Cara-Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Lain



Di bawah ini adalah cara nak aktifkan link kad ATM bank lain dengan akaun Tabung Haji (TH). 

Antara bank yang boleh link dengan akaun tabung haji adalah Maybank Islamic, Bank Islam, Cimb Islamic dan Bank Rakyat. 
Cara-Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Lain

Pengaktifan boleh dilakukan di mesin ATM.

Pergi ke mesin ATM bank anda, contoh Maybank

1. Pilih menu "Tabung Haji"
2. Pilih menu "Daftar/ Link Akaun Tabung Haji"
3. Masukkan maklumat-maklumat yang diminta:

- Nombor Akaun TH
- Nombor Kad Pengenalan

4. Selesai

Tapi ingat. Jika nak keluarkan duit tabung haji tu, buat transfer online dari akaun tabung haji ke akaun simpanan anda dulu. Bukan direct tekan ATM Maybank terus tolak duit tabung haji. Faham ke? Harap faham la ya.. 😊😊

Semoga urusan anda dipermudahkan.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Look baru tau..mudahlah lepas ni xtau dah berurusan kat tabung haji nak kuatkan duit..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close