Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Cara Masak Sayur Raja Goreng Belacan

Cara Masak Sayur Raja Goreng Belacan. Hai uolss, nak masak sayur apa hari ni? Tak ada idea ke? Jomlah cuba masak sayur goreng belacan. Sayur apa sedap dimasak goreng belacan? Sayur yang tak mudah lembik la kan, seperti kangkung, kailan, bayam brazil dan juga sayur raja. Boleh kan?

Oleh kerana sayur raja ada kat dalam peti sejuk (entah bila En suami beli), maka marilah kita masak sayur raja goreng belacan ya kekawan. Ini my first time nak cuba sayur raja. Seumur hidup ternampak sayur ni. Haha.. jakun sikit.. oh ya! Kalau korang tak kenal sayur raja, google la ya..

Cara Masak Sayur Raja Goreng Belacan


Sori ýa, ini first time saya jumpa sayur raja, maka pertama kali jugak lah saya memasaknya. Entah kat mana En suami jumpa saya pun tak tau, takut ini kes tersalah beli sayur je.. hehe. Mana saya tahu nama sayur ni? Ada tertulis kat label plastik dia la.. ingatkan ulam raja tapi pasaipa lain benor rupanya..

Gambar Masak Sayur Raja Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1 bungkus sayur raja - bersihkan
3 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 tangkai cili padi - tumbuk
1 inci belacan - goreng sekejap kemudian tumbuk
Garam dan gula, jika suka
Boleh juga guna perencah secukup rasa maggi

Cara memasak sayur raja goreng belacan


1. Tumis semua bahan tumbuk dengan api yang kecil, takut belacan cepat hangit. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan sayur raja dan gaul rata. Biarkan sayur masak seketika.

3. Perisakan dengan perencah secukup rasa maggi atau boleh je guna garam dan serbuk perasa dibenarkan. Nak sedap sikit letak gula, untuk imbangi rasa pedas.

4. Dah mendidih, matikan api.

Sayur raja ni ada rasa macam bayam brazil tetapi ada sedikit pahit macam sayur kailan. Ketika kunyah macam berlendir sedikit, itu biasa. Dah jenis sayur dia macam tu. Walau dimasak lama, tetap tak lembik.

Nak mencuba? Dipersilakan.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments