Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Berkata Benarlah! Agar Kamu Mendapat Manfaat

Berkata Benarlah! Agar Kamu Mendapat Manfaat. Berkata benar dan membenarkan yang benar belaka. Maksudnya cakap perkara yang betul, jika perkara tersebut itu betul. Walau kebenaran memang pahit! Jika cakap benar, manfaat kebenaran akan dapat pada anda balik. Cakap yang betul, perkara-perkara baik, berfikir yang baik-baik, insya Allah semua yang baik akan berbalik kepada anda semula.

Berkata benar tak perlu modal, tak perlu jalan jauh.. hati pun tak sakit menyimpan rahsia yang tak sudah-sudah. Berkata benarlah dalam hal menegakkan agama mu iaitu islam! Biar semua kebaikan yang sederhana dalam islam dapat menambat hati sahabat-sahabat kita yang bukan islam.

Berkata Benarlah! Agar Kamu Mendapat Manfaat


Saya kongsikan dari rakan whatsapp, tentang renungan dari al Quran. Peringatan dari al Quranul karim. Walau sedikit demi sedikit, diharap segala perkongsian dalam blog ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua.

Peringatan dari Al Quran

Berkata Benarlah! Agar Kamu Mendapat Manfaat


Petikan dari Surah Al-Ma'idah (Hidangan) 5 : 119

Allah berfirman: "Pada hari ini orang yang benar (tutur kata dan perbuatan) itu (mendapat) manfaat dari (sifat) kebenaran mereka. Bagi mereka syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha  terhadap mereka dan mereka pun redha terhadapNya. Itulah keuntungan yang paling besar.

Bagi orang yang selalu bercakap benar, tak suka membawang (mengumpat di laman sosial) dan sentiasa menjaga tutur kata sesama kawan atau musuh, insya Allah, dijanjikan balasan indah di syurga Allah. Gambarannya, di bawah syurga ada sungai-sungai yang mengalir, pohon merendang dan hijau.. yang kekal di dalamnya sampai bila-bila. Tak nak tidur pun tak apa.. begitulah gambarannya pada pandangan mata dan fikiran kita orang biasa ini.

Berkata benar bukan setakat soal hati dan perasaan ya, benar dalam berjual beli, benar dalam mengadili anak murid dalam kelas contohnya.. tunjukkan kasih sayang kepada orang tua dengan ikhlas dan benar, bukan kerana ada udang di sebalik mee.. dan sebagainya.

Semoga kita semua berada dalam golongan hambaNya yang berada di atas jalan yang benar. Minta Allah selalu tunjukkan kita jalan dan arah yang betul.

Semoga bermanfaat.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments