

Saya ambil cendol durian, si bujang dan ayahnya pesan cendol pulut. Baiklah.. dàh dapat cendol masing-masing. Cendol durian harganya RM8.00. Cendol pulut pula RM4.00. Puashati makan dengan cuaca panas dan ditemani cendol yang menyegarkan.
Layan Cuaca Panas Dengan Cendol Durian
Nampak tak kandungan duriannya, dahlah kuning dan banyak pulak tu. Dalam tu ada 3 ulas durian yang sedap betul punya, bukan durian yang keras kejung. Hehe..


Rasa manisnya memang lemak, secukup rasa. Tak ada rasa santan yang dah masuk angin.. hehe, santan segar dia guna.
Panas lit-lit macam ni memang sedap layan cendol durian.
Kalau korang layan tak cendol durian macam saya? Atau lebih suka ABC special? Terpulanglah nak layan panas-panas dengan pilihan air yang korang suka.. yang penting kurangkan manis dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman. Kalau air anda manis sangat, campurkan sedikit dengan air masak.
Selamat beristirehat.
tadi nak pekena cendol..tutup pula kedai
ReplyDeletebukan rezeki..huhu
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.