Header Ads

Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap
Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap. Siapa suka makan lemang dengan kuah kacang je? Kita geng! Haha.. bukan tak ada lauk pauk lain tapi kalau nak nikmati keenakan lemang tu, cukuplah makan dengan kuah kacang. Lemang eden tak pandai buat, jadi beli aje lah. Tapi kuah kacang tu saya buat sendiri, made by aynora kitchen's. Hehe..


Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap

Dapat makan lemang lembut, lemak masin dan tak hangit.. memang habis saya kerjakan. Ada pula yang jual lemang yang agak mahal tetapi bila sampai rumah tak boleh di makan sebab tak masak. Nak marah pun tak boleh terutamanya bila kita beli kat tepi jalan di kampung-kampung yang kita lalui. Kalau rajin, kukus balik la..

Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap


Lemang tu saya tak pandai buat dan tak sabar nak jaga api dia. Bukan sebarang orang dianugerah kesabaran tahap tinggi tu tau, dengan panas lagi. Jadi, kalau ada orang jual lemang semurah RM15 tu beli aje lah. Kita tak tahu kesukaran yang dia kena tanggung sebelum lemang sedap lemak tu masuk ke perut kita.

RELATED .. Resepi Kuah Kacang ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Selanjutnya

Lemang saiz kecil di tempat saya dijual pada harga RM14 - RM15 sebatang. Paling besar ada yang jual RM20 sebatang. Kalau rasa nak lihat dalam dia, mintak penjual potong siap-siap depan kita dan masuk dalam tupperware. Itu memang gerenti tahu lemang masak atau sebaliknya.

Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap

Lemang sedap juga dimakan dengan rendang daging atau ayam masak merah. Ikut citarasa masing-masing.

Lemang Dan Kuah Kacang Pun Sedap

Sambal kacang untuk makan dengan lemang tu saya buat dengan kepakaran saya sendiri. Kihkih.. error dan adjust tu biasa.. lama-lama dah tahu mana yang boleh letak atau tak boleh dalam resepi sambal kacang yang kita buat. Orang putih kata, "practice make perfect", kan??

Makan lemang dengan kuah kacang, memang my faveret. Ada yang kata kurang umph.. tapi saya tak kisah. Saya suka je, habis juga separuh batang lemang tu..

Nak makan lemang dengan apa pun, terpulanglah. Janji kita bahagia dan kenyang dengan cara kita. Betul tak?

Nak resepi kuah kacang? Sila klik pada pautan resepi di atas ya..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.