Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam. Haha.. best tak menu lepak petang-petang kita orang? Lepak kat warong tepi jalan sambil tengok kereta lalu lalang, jammed pulak tu. Hmm... ngeteh dulu orang kata. Bila dah reda jammed tu, baru kita gerak. Okay.. 👍👍


Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam
Add caption

Pisang goreng gemuk bulat dan rangup. Sedap, manis rasanya. Di cicah dengan sambal kicap. Style orang Johor makan pisang goreng memang gaya gitu.. jangan hairan okay..

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng  Dan Kerepek Bayam


Bila waktu cuti hujung minggu dan public holiday, kami 3 beranak gemar jalan-jalan cari makanan ringan petang-petang sambil hidup udara segar. Tak ada perlu dikejarkan, layari hari-hari dengan santai je. Nak makan apa, pergi cari. Tak risau dah ada orang boleh makan atau tidak. Sebabnya, sikecil dah start balik asrama pada 9 Ogos hari tu. Kalau ada dia, semua benda dikatanya pelik.. hehe


Kerepek bayam tu rangup sangat.. kita dok fikir kalau kita buat sendiri boleh jadi macam itu ke? Entahlah!

Kalau dengan sikecik tu, kerepek bayam pun dia tak akan makan punya sebab jarang jumpa. Dengan si abang, semua dia cuba, sapu je. Sedap atau tidak belakang kira, yang penting cuba dulu.

Lepak Santai Petang Dengan Pisang Goreng Dan Kerepek Bayam

Ada juga kita orang ambil cendawan goreng. Sedap, lemak dan rangup. Cendawan yang digoreng ni sedap dimakan ketika panas lagi, kalau dah sejuk macam berminyak pulak..

Kita orang pun ada ambil keropok losong. Satu pinggan berharga RM2.00. Sedap, lembut, lemak. Gambar tak sempat tangkap.. hehe


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.