Semua kompilasi yang direkodkan dalam postingan ini adalah dari sumber website, carian Google, dari FB rasmi Harimau Malaya dan lain-lain lagi.

Corat Coret Piala Dunia FIFA 2026
1. SEJARAH TERCIPTA: LIONEL MESSI KINI PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN PIALA DUNIA DENGAN 16 GOL! - setakat 20 Jun 2026
Messi pintas Ronaldo, Müller dan Mbappé dalam masa satu malam sahaja selepas meledak HAT-TRIK dan menyamai REKOD M.Klose! THE REAL GOAT 🐐

2. History for Cristiano Ronaldo!🇵🇹
Cristiano Ronaldo terus mengukir sejarah apabila menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang berjaya menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia yang berbeza.
🇩🇪 2006
🇿🇦 2010
🇧🇷 2014
🇷🇺 2018
🇶🇦 2022
🇺🇸 2026
Dari Jerman hingga Amerika Syarikat, legenda ini terus membuktikan bahawa umur hanyalah angka. Satu rekod yang mungkin sukar dipecahkan untuk generasi akan datang. 👑🔥
Cristiano Ronaldo, the king of longevity. 🐐🇵🇹
3. REKOD GILA BELANDA DI PIALA DUNIA! 🇳🇱🤯
Sejak tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Belanda masih belum tewas dalam masa sebenar 90 minit di pentas Piala Dunia! 😳
Kini mereka mencatat 14 perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan, sekali gus melakar rekod baharu dalam sejarah kejohanan. 👏🔥
Perjalanan Belanda sejak 2010:
🇿🇦 2010 – Naib juara, tewas kepada Sepanyol di final.
🇧🇷 2014 – Tersingkir di separuh akhir menerusi penentuan penalti menentang Argentina.
🇷🇺 2018 – Gagal melayakkan diri. ❌
🇶🇦 2022 – Tersingkir di suku akhir menerusi penentuan penalti menentang Argentina.
🇺🇸🇲🇽🇨🇦 2026 – Masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat peringkat kumpulan. ⏳
Belanda terus membuktikan mereka antara kuasa besar bola sepak dunia. Persoalannya, mampukah Oranje menamatkan penantian panjang dan menjulang trofi Piala Dunia kali ini?
Seterusnya ... ? - akan update later ,😅
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.