Terliur tak dengan hidangan lunch saya? Gurau je, masak apa pun tak kisah. Yang penting ikhlas dan memasak dari hati ya.. bukan terpaksa.

Lunch Masak Lemak Labu Dan Kacang Buncis Dengan Ayam Goreng Berempah
Masak lemak labu dengan kacang buncis. Biasa orang letak kacang panjang.. Tapi saya kurang gemar kacang panjang, maka ganti dengan buncis. Rasanya lebih rangup gitu..

Ayam cincang goreng berempah, cara masak ayam goreng yang sedang viral sekarang ni. Macam mana tu ye? Senang je, ayam tu potong atau cincang kecil kemudian perap dengan rempah seperti halia, serai, daun kari, kunyit dan sedikit jintan manis dan ketumbar. Ya Allah sayang.. sedap sangat. Dah lah bau harrum, masuk mulut pun sedap lembut gitu ayamnya. Biasa kat Johor ni ayam cincang berempah, dengan nasi, sambal belacan dan ulaman, dia orang jual semurah RM6.00 je. Ayamnya banyak dan juicy!
Oleh kerana tak puas makan bila asyik kena beli je, sekarang saya masak sendiri. Lebih puas hati. Hehe..
Nasi, sayur dan lauk.. penuh satu pinggan. Hehe.. bukan selalu. Hari Ahad je macam ni. Lepas geram makan puas-puas sebab pada hari bekerja, masa makan macam terkejar-kejar pula.
So, selamat memasak untuk family tersayang. Tak kisah lah mana yang sempat waktu siang atau malam. Yang penting sentuhan air tangan kita sendiri.

No comments:
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.