Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 63 Negaraku Tercinta! Negaraku! Negaraku! Dirgahayu negaraku yang tercinta! Alhamdulillah. Malaysia masih aman. Malaysia masih lagi berdaulat. Berlatarbelakangkan berbilang kaum, negara kita antara model negara yang aman damai walau berbagai bangsa dan agama serta bahasa yang digunakan. Kita masih lagi boleh duduk satu meja, dalam satu tempat makan.. Satu sekolah.. Dan banyak lagi. Maka bersyukurlah menjadi warganegara Malaysia. Walau jauhnya berjalan ke negara orang, masih lagi merindui negara sendiri. Inilah tempat tumpahnya darahku. Dah 63 tahun usiamu, sudah bertambah matang dengan pelbagai pencapaian. Malaysia namamu terus megah seantero dunia. Semoga kau terus berdiri bersama rakyat yang menyayangimu.


Tema Hari Kebangsaan ke 63 tahun adalah Malaysia Prihatin. Malaysia cakna terhadap apa jua kejadian yang berlaku di dalam atau luar negara. Asalkan ada nama Malaysia di atas muka bumi ini, disitulah kita sedia berkhidmat dengan seikhlasnya. Selagi dalam kad pengenalan ada bendera Malaysia, disitulah tumpah keringat dan darahku!

Gambar logo Malaysia Prihatin 2020

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 63 Negaraku Tercinta!


Sambutan hari kebangsan tahun ini disambut dalam norma baharu di mana kita masih lagi bertungkus lumus untuk mengekang wabak yang membawa maut iaitu Covid-19. Berhati-hatilah dalam meraikan kegembiraan, bersederhana, sentiasa jaga kebersihan dan jarak agar wabak tersebut tidak terus merebak. Kitalah yang kena jaga diri sendiri, lagi-lagi dalam kematangan Hari Kebangsaan ke 63 tahun Malaysia.

Bagaimana nak buktikan yang kita memang dah merdeka?

Mudah je, jadilah bangsa Malaysia yang berhati perut, bertimbang rasa. Ikut arahan yang betul dari kerajaan yang anda cintai. Berikan kerjasama yang meluas dalam semua usaha kerajaan yang membawa manfaat kepada ramai orang. Usah pentingkan diri sendiri. Barulah orang luar memuji kejayaan apa jua yang kerajaan Malaysia lakukan. Usahasama antara rakyat dan kerajaan biasanya membuahkan hasil yang membanggkan dan berpanjangan. 

Kita kena terapkan nilai cintai negara sendiri kepada anak-anak kita sedari awal usia mereka. Kenalkan kepada bendera Malaysia dan ajarkan agar mereka hormat bendera kita. Bila dah besar, mereka akan bangga memegang jati diri anak Malaysia di mana-mana saja mereka berada. 

Kalau tak kita, siapa lagi yang boleh membawa peranan tersebut. Peranan sebagai rakyat yang setia dan siap sedia berkorban terhadap negara tercinta. Berkorban tak semestinya kena pergi berperang sebaliknya mempertahankan negara agar sentiasa aman dan elakkan perbalahan antara kaum juga satu pengorbanan. Ini sebenarnya yang kita semua susah nak buat..

Selamat Hari Kebangsaan ke 63 tahun Malaysia! 

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post