Header Ads

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020
Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020. Tak perasan esok dah jatuh 16 September, maka sekali lagi kita sambut Hari Malaysia iaitu hari terbentuknya persekutuan Malaysia. Hari Malaysia di cadangkan sebagai cuti umum semasa dalam pemerintahan perdana menteri ke 6 iaitu Dato Seri Najib Tun Razak. So, itu antara jasanya yang membolehkan kita dapat berehat pada 16 September setiap tahun. Itu antara nikmat jadi warga Malaysia dengan keadaan yang aman damai. Kita nak keadaan ini berterusan walau banyak dugaan datang silih berganti.

Esok nak buat apa bila dapat cuti? Sehari je kan.. maka lebih baik duduk rumah, basuh baju, masak masak untuk family dan mop lantai. Itu antara anganan saya untuk satu hari cuti umum yang kerajaan bagi. Janganlah semua orang nak keluar dan serbu shopping complex. Apa nak jadi?? Kan Covid-19 masih belum bersih lagi dari muka bumi ini. Maka, jagalah diri, jaga keluarga anda dan senitasa patuhi SOP ditetapkan. Orite✌✌

Macam mana nak tingkatkan rasa kecintaan dan semangat waja dalam diri terhadap Malaysia tercinta? Ada banyak cara antaranya menambah ilmu tentang pahlawan masa silam yang berjuang untuk kemerdekaan negara, baca tentang sejarah negara, nikmati lagu-lagu patriotik yang sering berkumandang pada saat Hari Malaysia disambut dan banyak lagi.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020


Setiap tahun hari Malaysia tak pernah gagal disambut semenjak pengumumannya sebagai cuti umum untuk rakyat Malaysia. Kenapa perlu ada Hari Malaysia? Apa tujuannya? Saya sempat buat carian tentang Hari Malaysia dan terdapat pelbagai pendapat mengenainya. Tetapi, saya ambil dari satu sumber yang sahih berkenaan Hari Malaysia, untuk kita kongsi info berkenaan Hari Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020

Fakta Mengenai Hari Malaysia 16 September


■ Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

■ Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

■ Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

■ Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

■ Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Semoga serba sedikit info Hari Malaysia yang jatuhnya pada 16 September setiap tahun makin mengukuhkan lagi semangat kecintaan kita kepada negara kita Malaysia.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.