Ada juga orang tanya, beli beg mahal atau murah sama saja. Branded atau tidak.. serupa juga. Tetapi.. bukan itu yang jadi ukuran bagi penggemar beg tangan. Beli belah ni sebagai satu "reward" pada diri sendiri kerana telah berkorban bekerja sepanjang minggu. Kalau anda ada cara lain nak hargai diri, ikutlah cara sendiri, yang penting kita rasa senang dan happy.
Beli Beg Michael Kors Jet Set Online

Ini lah rupa beg tangan MK yang saya beli online (rujuk gambar bawah) dan sabar menunggu dengan lama.. hehe
Begnya boleh guna untuk cross body atau sangkut di bahu macam dalam gambar. Jap saya share beg yang saya dapat.
Kulit dia memang lembut, puas hati beli walau kena sabar menanti 😘😘
Pada mulanya pihak seller @ butik kata beg saya tak sampai. Cari juga berhari-hari apabila sudah sampai dari kastam dan imigresen.
So, dia orang offer nak refund full duit saya sekitar RM599. Okay lah sebab tak ada beg idaman, saya decide mintak refund.
Tetiba 3 hari lepas dia orang kata ada pulak. Tersilap pandang jenis beg. Huish.. tak sempat nak frust. Pihak seller hantar 13/10/2020, hari ini dah sampai. Dia orang guna servis Easy Parcel. Memang pantas tau..

Alhamdulillah.
Beg ni saiz dia comel je, tak perlu risau ya, sesuai untuk kenduri kahwin, pejabat atau jalan-jalan shopping. Tak ada masalah.. boleh mix and match.
Happy shopping 👌👌

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.