Cara Allah menyelamatkan makhluknya yang banyak dosa adalah dengan menghadiahkan pelbagai ujian yang dalam kemampuannya. Bagaimanakah bentuk ujian tersebut? Ada banyak hadiah ujian yang Allah berikan, contohnya sakit tenat, dibuang kerja, kecurian dan sebagainya. Jika kita mengambil hikmah atas segala ujian dan bersabar, maka Allah menggandakan ganjaran pahala kepadanya dan menggufurkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Cara Allah Menyelamatkan Orang Yang Banyak Dosa
Jika hidup kita pernah berdosa, masih lagi seorang pendosa.. sedarlah! Usah ditangguh taubatmu. Jika kita tak mampu bersaing dengan ibadah seorang ulamak, tirulah kesungguhan taubatnya seorang pendosa. Allah pasti melihat segala usaha kita, yang nyata atau tersembunyi.

Jika kita sering diuji dengan dugaan-dugaan bertali arus, itu tandanya Allah sayangkan kita.
Apabila seorang hamba memiliki banyak dosa sedangkan ia tidak memiliki satu amalan yang dapat menggugurkan dosanya (di luar amalan wajib) tersebut maka Allah akan memberikannya ujian untuk menggugurkan dosanya tersebut ( jika ia bersabar). - at-Taubat karya Ibnu Abi Dunya halaman:130.
Jika kita nampak secara luarannya seseorang itu soleh dan warak, tetapi masih diuji dengan pelbagai kesusahan hidup, kematian, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya.. itu mungkin ada aibnya pada masa lalu yang Allah sorokkan hingga segala ujian tadi telah mengangkat darjatnya menjadi seorang yang soleh.
Bukan permulaan hidup yang kita risaukan tetapi bagaimana akhiran hidup kita nanti yang kita fikirkan. Adakah kita berada pada jalan yang Allah redhai atau sebailknya.
Namun jika segala ujian telah Allah berikan, kita masih lagi tidak sedar dan masih bergelumang dengan dosa.. jawablah dengan Allah di akhirat nanti. Sesungguhnya pembalasan siksa Allah itu benar!
Bertaubatlah sebelum terlambat.

Selagi boleh.. Taubat. Kita tak tahu bila ajal sampai.
ReplyDelete