Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Puasa Menjauhkan Kita Dari Api Neraka

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka. Puasa adalah salah satu cara untuk kita menjauhi maksiat, samada yang zahir atau pun batin. Dengan berpuasa kita juga secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ramai orang yang mengamalkan berpuasa sunat pada setiap hari isnin dan khamis memperoleh kesejahteran hidup sehingga ke akhir usia. Insha Allah.

Puasa Menjauhkan Kita Dari Api Neraka

Puasa Menjauhkan Kita Dari Api Neraka


Apakah sebabnya puasa boleh mencegah dari api neraka? Berikut adalah penjelasan dan hikmah berkaitan puasa. 
 
1.    Puasa mempunyai ganjaran yang sangat besar. Puasa antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada api neraka. Walaupun hanya berpuasa sehari, Allah SWT menjanjikan perlindungan yang amat besar daripada api neraka kepada orang yang ikhlas.
 
2.    Keikhlasan adalah asas penerimaan amalan. Setiap ibadah hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan untuk dipuji atau mendapat penghormatan manusia.

Daripada Abu Said al-Khudri RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa yang berpuasa selama satu hari di jalan Allah (ikhlas mencari keredhaan Allah), nescaya Allah akan menjauhkan wajahnya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan. - (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih
 
3.    Selanjutnya, setiap amalan kecil boleh membawa ganjaran besar. Hadis ini membuktikan bahawa amalan yang kelihatan sederhana boleh menjadi sebab seseorang memperoleh keselamatan di akhirat apabila dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan.
 
4.    Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” - (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

5.    Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
 
6.    Umat Islam digalakkan memperbanyakkan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah).
 
7.    Hadis di atas ini mendorong umat Islam agar menjadikan puasa sebagai amalan berterusan, khususnya pada bulan Muharam, di samping menjadikannya sebahagian daripada usaha hijrah rohani untuk membina ketakwaan, keikhlasan dan keselamatan di dunia serta di akhirat. Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

Subhanallah. Betapa besarnya hikmah berpuasa samada di bulan Ramadan atau lain-lain puasa sunat yang dilakukan dengan ikhlas. Hanya Allah yang mengetahui atas setiap perbuatan hambaNya.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kebetulan hari ni 10 Muharam. Saya sdg berpuasa utk menjaga kesihatan...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.