Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Punca Mengapa Susahnya Turun Berat Badan

Punca Mengapa Susahnya Turun Berat Badan. Siapa yang tak mahu kurus dan sihat? Kurus bukan kerana sakit tertentu. Tetapi kurus dengan cara yang betul dan menyihatkan. Itu semua impian kebanyakan orang. Kalau ada yang kata suka gemuk, itu memang ada tetapi jarang. Bila kurus kita mudah melakukan segala kerja dan pergerakan jadi selesa. Nak ke manapun rasa bersemangat. Sebaliknya, jika kita mengalami berat badan yang tidak terkawal, kita rasa lebih malas dan pergerakan jadi lambat. Jika keadaan ini berlaku, ia boleh menganggu aktiviti seharian kita.

Adakah anda mengalami masalah susah nak turun berat badan walau telah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya? Adakah anda mula tertanya-tanya di mana silapnya proses diet anda? Jom semak perkongsian saya seperti di bawah untuk mencari punca susahnya turun berat badan.


Punca Mengapa Susahnya Turun Berat Badan


Mengapa berat badan susah nak turun? Anda ada penyelesaiannya? Sebelum itu, kena tahu apa puncanya dan baru boleh kita selesaikan satu persatu..

Punca susahnya turun berat badan


1. Kurang minum air putih
2. Skip sarapan pagi
3. Suka minum air manis
4. Makan terlalu banyak
5. Tidak banyak bergerak
6. Makan karbo berlebihan
7. Makan terlalu cepat
8. Makan ketika stress
9. Tak cukup tidur
10. Makan lewat malam

Ok. Dalam senarai di atas, mana satu jadi penyebab anda lambat turun berat badan dalam proses diet? Jika diteliti dari senarai di atas, saya sukar nak elak nombor 3 dan nombor 6. Iaitu suka minum nescafe tarik dan makan nasi. Setiap hari kena makan nasi, kalau tak ada nasi rasa macam tak cukup set hidangan tu.. hehe

Seperti saya katakan tadi, nak diet pun kena ada cara supaya apa yang kita makan tak buat kita makin stress dan berat badan tak turun-turun. 

Sama-samalah kita saling mendorong niat kawan-kawan yang nak turunkan berat badan demi kesihatan. Semoga kita semua berjaya mencapai impian masing-masing. Yang pasti, setiap impian biarlah membawa kebaikan kepada ramai orang.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments