Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori

Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori. Apa yang buat berat badan berlebihan? Banyak makan atau lebih makan? Ada juga orang yang makan banyak tetapi kekal langsing dan sihat. Ada pula yang makan sikit-sikit tetapi berat badan tak turun. Apa cerita? Stress tak? Memanglah stress.. selagi kita nak turunkan berat, selagi itu berat makin naik..😅😅😅

Oleh itu, kita kenalah amalkan pengambilan jumlah makanan yang betul, kandungan zat yang bersesuaian dengan tubuh kita demi untuk mendapatkan kesihatan terbaik dalam jangka panjang. Janganlah melantak tak ingat dunia ketika muda kerana kesannya akan di alami ketika usia menginjak tua. Tanam azam dalam diri untuk mengambil makanan yang mengandungi jumlah protein, karbo dan sebagainya dan yang penting makanlah dari sumber halal.


Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori


Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori

Semua orang impikan badan yang kurus tetapi menyihatkan, makan secara seimbang dan ambil makanan yang betul untuk sihat. Kalau fanatik makan ubat kurus tetapi tak berkesan, kita juga yang murung nanti. Duit habis tetapi badan jadi tak sihat kerana pengambilan bahan-bahan kimia dalam ubat kurus yang tak diketahui kandungannya.

Berbanding jika kita ambil makanan yang kita suka tetapi pilih jumlah makanan dengan betul dan sesuai dengan tubuh kita.

Makanan rendah kalori termasuklah:


Protein:

Ikan laut
Dada Ayam
Telur
Tempe
Tauhu
Daging tanpa lemak

Sayuran:

Salad
Brokoli
Bunga kobis
Bawang dan cili
Bayam
Ulam-ulaman

Karbo:

Ubi keledek
Labu kuning
Beras perang
Quinoa
Roti wholemeal
Pasta wholemeal

Dah nampak jelas dan terang makana rendah kalori yang kita boleh ambil? Jadi, makan dengan betul dan ambil makanan yang seimbang untuk kurus. 

Mengambil makanan dengan kadar yang betul dan sesuai dengan tubuh kita adalah cara terbaik untuk kekal sihat dan dijauhi dari kalori yang berlebihan.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments