Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang Sedap. Dah masak lunch anda? Atau gantung kuali hari ni? Masak apa sedap ya? Jenuh juga tadi google resepi, cari idea, jalan-jalan blog masakan yang amatur macam saya. Sebab apa? Kalau you all nak cari menu murah sedap, carilah kat blog masakan yang tak glamer. Kalau blog terkenal yang glamer, habis kaw kena resepi yang high standard. Itu pendapat saya la. Tapi kalau saya, suka je tengok resepi kat blog masakan macam kita ni, nampak high class tapi tak sombong. Antara blog masakan yang suka tengok adalah Tiffinbiru. Simple je masakan dia tapi 'presentation' dia comel giler.

Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang
Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang
Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang
Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang

Gambar-gambar yang sempat diambil ketika sibuk memasak.. hehe, geram je tengok ikan siakap yang digoreng rangup tu.. kan?

Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang Sedap


Okay, berbalik pada resepi hari ni. Saya masak ikan siakap sweet sour je. Ini antara lauk kegemaran kami sekeluarga. Ikan siakap tu kena goreng garing. Hmm.. sedapnya. Rangup dia tak hilang walau dah disiram dengan kuah sosnya.

Apa yang saya nak share hari ni adalah Resepi Tauhu Tumis Dengan Kacang Panjang. 

Bahan-bahan:

2 keping tauhu besar - potong sederhana kecil 
4 batang kacang panjang -hiris 1 inci
1 mangkuk kecil tauge
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
Daun bawang - kalau suka
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:


1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan tauhu. Gaul seketika. Biar tauhu masak, supaya tak hancur. 

2. Kemudian masukkan kacang panjang. Gaul rata semuanya. 

3. Tambah kan sedikit air masak jika sayur terlalu kering. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.

4. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang sebagai hiasan. 




Selamat mencuba. Sedap resepi ni, sebahagiannya saya ratah macam tu je.. tak payah makan dengan nasi.

So, kalau tak tahu nak masak sayur apa hari ini? Boleh cuba resepi yang saya share di atas.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post