Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 - 15 Akhir

Tonton Drama Online Takdir Yang Tertulis. Drama online yang boleh ditonton sekarang ni adalah slot samarinda TV3, sebuah drama kekeluargaan yang amat menarik dan boleh dijadikan pengajaran bersama. Slot Samarinda bermula pukul 10:00 malam ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis.

Drama Takdir Yang Tertulis yang telah #viral ni boleh tonton online terbitan Radius One Sdn Bhd dan dibawakan oleh para pelakon disukai ramai, yang boleh membawa watak diberikan dengan jayanya. Takdir Yang Tertulis di arahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.

Drama Takdir Yang Tertulis juga boleh di tonton percuma di weTV.com.  Nak baca sinopsis penuh untuk semua episod 1 hingga 15 drama Takdir Yang Tertulis?? Baca sampai habis di bawah.


Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis TV3


Sinopsis Takdir Yang Tertulis - Kisah mengenai Azlan yang mencintai Ruhila tanpa mengetahui Ruhila sedang bercinta dengan Ean. Manakala, Juweta pula amat menyukai Azlan. Mereka berempat ni berkawan sejak dari universiti lagi. Juweta marah bila mengetahui Azlan telah meminang Ruhila. Namun entah di mana silapnya, akhirnya Azlan memilih Juweta kerana cintanya telah ditolak oleh Ruhila. Perkahwinan Azlan dan Juweta telah dikurniakan dengan seroang anak lelaki. Namun, perkahwinan mereka sering diuji dan sentiasa bermaslaah.

Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15


Takdir Yang Tertulis mengisahkan Juweta dan Azlan, sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan yang bekerja bersamanya.

Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk.

Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Sama-sama kita tonton sehingga ke penghujungnya.

Drama 15 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.

Para pelakon yang terlibat termasuklah Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

  • Nad Zainal sebagai Juweta
  • Nazim Othman sebagai Azlan
  • Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  • Alvin Chong sebagai Ean
  • Isaac Iman sebagai Mika
  • Didie Alias sebagai Che Salmah
  • Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  • Iman Suhana sebagai Ruzita
  • Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim

Nak tonton drama TAKDIR YANG TERTULIS Episod 1 hingga 15 secara online? Anda boleh cuba layari pautan di bawah:



Sinopsis Takdir Yang Tertulis Episod 1:


Juweta, seorang wanita yang angkuh dan mementingkan diri. Sikapnya yang dingin bukan sahaja mengundang rasa kurang senang pekerjanya malahan kepada suaminya, Azlan. Azlan hanya mampu bertahan dengan karenah isterinya itu. Walaupun sikap Juweta seperti itu, namun Juweta tetap seorang ibu yang penyayang kepada anaknya, Mika.

Kehadiran Ruhila, kawan baik Juweta banyak membantu Juweta sebagai pembantu peribadinya. Persahabatan mereka bermula sejak dari zaman kolej bersama dengan Azlan dan Ean. Bagi Juweta, Ruhila seorang kawan yang boleh diharap dan banyak membantunya termasuk menjaga Mika bila Juweta terlalu sibuk dengan syarikatnya.

Sementara Azlan cuba membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab besar dalam satu projek syarikat Juweta. Namun tindakan Azlan itu mengundang kemarahan Juweta kerana cuba membelakanginya. Azlan mula tak tahan dengan perangai Juweta yang tak berubah sejak perkahwinan mereka. Sehingga Azlan mengambil keputusan yang drastic sehingga mengundang rasa terkejut kepada Juweta.

Sinopsis Episod 3
Sinopsis Episod 5
Sinopsis Episod 10
Sinopsis Episod 11
Sinopsis Episod 14
Sinopsis Episod 15

Semoga mendapat pengajaran dari drama di atas. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close