Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalkan Surah Ibrahim Ayat 40 Untuk Anak Soleh

Amalkan Surah Ibrahim Ayat 40 Untuk Anak Soleh. Siapa yang tak mahu mendapatkan anak-anak yang soleh, penenang hati penyejuk mata. Siapa yang tak nak anak yang sentiasa berakhlak dan menyantuni orang tuanya sepenuh jiwa. Susahnya nak dapatkan permata seperti itu kerana iman tak dapat diwarisi. Iman tak dapat di pindahkan dari seorang ayah atau ibu kepada anaknya. Namun kita boleh berusaha, berdoa dan memberikan panduan ke jalan yang benar jika anak-anak tersilap langkah. Itulah amanah yang Allah berikan, didiklah anak-anak dengan ilmu dan amal. Jika kita bertingkah baik dan betul, pasti anak-anak akan mengikutinya. Contoh melalui teladan. 

Namun begitu, cabaran melahirkan anak-anak soleh bukanlah mudah. Banyak rintangan dan halangan serta dugaan yang mesti ditempuhi. Duhai ibubapa, usahlah kita berputus asa dari rahmat Allah. Selalu memohon ampunan dan pertolongan dariNya. Kerana Allah akan selalu dekat dengan orang yang sentiasa sabar dan bersyukur walau saat diuji atau diberikan nikmat. Semoga kita semua istiqamah mendidik anak-anak kita agar jadi anak yang soleh. Insya Allah...


Amalkan Surah Ibrahim Ayat 40 Untuk Anak Soleh 



Amalkan Surah Ibrahim Ayat 40 Untuk Anak Soleh

Ingatlah, saat bersama pasangan dan anak-anak ialah saat paling berharga. 3 perkara kita kena buat bersama iaitu Solat, majlis ilmu/ Taalim, dan makan bersama. Doakan buat kita semua agar istiqamah dalam menjalani hidup di atas jalanNya. 

Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh baca Surah Ibrahim ayat 40. 

رَبِّ ٱجْعَÙ„ْÙ†ِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙ‰ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَآØ¡ِ


Maksudnya:


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Bilakah boleh diamalkan ayat 40 Surah Ibrahim ini? Bila-bila masa, jadikan ia seperti doa selepas solat. Bacalah dan berdoalah, kerana doa-doa kebaikan Allah akan tunaikan. Itu janji Allah.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kebaikan dan di lorongkan jalan mudah buat kita semua memasuki syurgaNya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close