Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis The Penthouse Season 2 War In Life Episode 1 - 2

Sinopsis The Penthouse War in Life Season 2
Gambar poster - The Penthouse War in Life 
Season 2

Sinopsis The Penthouse Season 2 War In Life - 
Drama korea The Penthouse Season 2 mengambil latar dua tahun setelah konflik yang terjadi di musim pertama. Ia mengisahkan Oh Yoon Hee (Eugene) dan Logan Lee (Park Eun Suk) yang bersiap untuk membalas dendam pada para penjahat 6 sekawan tersebut. 

Selain itu ada pula konflik dari anak-anak "Hera Club" yang bersaing untuk masuk ke Universiti Nasional Seoul, serta pasangan Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) dan Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon) yang tampil dengan menjadi lebih kuat setelah pernikahan mereka. Menjadi lebih jahat, tak berhati perut walau kepada anak-anak mereka.


Info ringkas The Penthouse Season 2:


Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)


The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.

Sinopsis Episode 1 & 2 The Penthouse Season 2 War In Life 


The Penthouse Season 2 akan hadir dengan lebih banyak sensasi dan ketegangan yang menggambarkan Hera Palace yang masih dibanjiri dengan kekuasaan, ketamakan dan kesombongan.

Gambar hiasan

Juga akan ada plot twist yang mendebarkan saat misteri dari musim pertama terbongkar, seperti identiti orang dengan tato kupu-kupu dan kisah di balik kembalinya Oh Yoon Hee.
Apakah yang akan berlaku seterusnya?? Siapakah wanita yang menyerupai dengan Shim su-Ryeon?

Adakah Logan Lee dapat membalas dendam di atas kematian Shim Su-Ryeon??

Semua ini memang mendebarkan, buat orang marah dan adegan saling memusuhi antara sahabat memang kadang-kadang diluar jangkaan kita!

Semoga ada pembalasan yang setimpal kepada orang  yang jahat dan tamak. Dan semoga yang baik mendapat pembelaan sewajarnya.

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 1 - 2:


1. Permulaan kisah throwback 4 bulan sebelum kejadian pada majlis Cheong A sekolah muzik. 

2. Joo Dan Tae & Seo Jin mula sibuk menguruskan hal pertunangan mereka. Eyun Beol sokong ibunya berkahwin dengan Dan Tae tetapi si kembar membangkang.

3. Bae Rona masih dimusuhi oleh budak2 Sekolah Tinggi Cheong A. Tapi salah seorang daripada mereka membantu Ro Na.

4. Pembantu rumah Joo Dan Tae sebenarnya berniat jahat. Dia asyik menganggu Ro Na. Dia menghantar ugutan kepada Seo Jin kerana cemburu tetapi akhirnya tertangkap. Ms Yang ditemui mati di apartmentnya dan ada tulis nota bunuh diri dan mangatakan Joo Dan Tae yang bunuh isterinya.

5. Oh Yoon Hee menyerah diri kepada polis. Tetapi dilepaskan kerana tulisan nota yang ditinggalkan oleh Ms Yang (bekas pembantu rumah Joo Dan Tae). 

6. Oh Yoon Hee dan Ro Na pergi ke luar negara.

7. Bermula episode 2, tanpa disangka, Oh Yoon Hee yang sebelumnya memutuskan pergi ke luar negera, telah kembali.

8. Oh Yoon Hee mengejutkan seluruh orang dengan hadir di pesta pertunangan Joo Dan Tae dan Cheon Seo Jin.

9. Oh Yoon Hee datang bersama bekas suami Cheon Seo Jin, Ha Yoon Chul dan membuat majlis pertunangan itu berantakan.

10. Cheon Seo Jin terperanjat kerana Ha Yoon Chul memperkenalkan Oh Yoon Hee sebagai isteri barunya.

11. Walaupun sudah bercerai, Cheon Seo Jin sangat kesal Ha Yoon Chul menikahi Oh Yoon Hee.

12. Ha Yoon Chul lantas kembali ke Hera Palace bersama Oh Yoon Hee.

13. Kesempatan itu digunakan baik oleh Oh Yoon Hee untuk membalas dendam atas kematian Shim Su Ryeon.

1. Cheon Seo Jin dapat menyanyi dengan baik atas bantuan Yoon Hee. Bila habis persembahan, baru dia tahu siapa penyanyi misteri yang amat bagus suaranya.

2. Cik Jin pembantu rumah Seo Jin membenarkan Eun Byeol keluar bertemu Seok Hoon. Mereka merancang untuk membatalkan perkahwinan ibu bapa masing-masing.

3. Oh Yoon Hee datang pada majlis sidang media Seo Jin. Dia menyerahkan surat perjanjian rahsia antara Seo Jin dengan penyanyi misterinya tapi dia harus menunaikan janjinya pada Yoon Hee.

4. Dr Ha Yoon Chul, Joo Dan Tae & Kyu Jin berjudi tetapi dimenangi oleh Dr Ha. 

5. Seo Jin hadir dalam pertemuan dengan rakan sekolej dan begitu juga dengan Yoon Hee. Mereka masih memuji kehebatan Yoon Hee sebagai penyanyi soprano. SEO Jin cemburu tak terkata.

6. Di tempat letak kereta, Seo Jin mahu melanggar Yoon Hee. Yoon Hee meminta Seo Jin bersara dari menyanyi.

7. Joo Dan Tae sudah mengetahui rahsia mengapa Yoon Hee asyik mengugut Seo Jin. 

8. Bae Ro Na kembali ke Korea dan ingin masuk semula ke Sekolah Tinggi Seni Cheonga walau ditentang oleh ibunya.

9. Dalam episod 4, Eun Byeol merayu Seok Hoon untuk menerimanya. Tetapi Seok Hoon menolak. Joo Dan Tae & Seo Jin berada dalam rumah yg sama bersama dengan Ha Yoon Cheol. 

10. Ha Yoon Cheol menegaskan pada Seo Jin bahawa kini dia mencintai Yoon Hee. 

11. Bae Ro Na kembali tinggal bersama ibunya. Dia berazam mahu memenangi festival nyanyian Cheonga.

Ada satu babak di mana Oh Yoon Hee bertemu dengan Ms Jin, pembantu rumah Seo Jin. Rupanya, Ms Jin dihantar oleh Logan Lee untuk memantau keluarga Seo Jin. Apakah rahsia dan perancangan mereka...??
Ms Jin juga menggesa Yoon Hee segera mencari ibu kandung Seuk Yung, dan hanya Joo Dan Tae yang tahu dimanakah wanita itu berada.. jadi Yoon Hee harus mendekati Joo Dan Tee untuk mencari maklumat tersebut.

12. Hubungan Seo Jin dan Dan Tae mulai retak kerana gambar skandal Seo Jin tersebar. Sebenarnya gambar tersebut telah dirancang oleh Ha Yoon Chul.

13. Kisah buli yang dihadapi oleh Yoo Jeni dan Bae Rona telah terbongkar. Seuk Yung tidak dibenarkan menyertai festival seni Cheonga sebaliknya Ro Na dan Je Ni terpilih.

14. Ibu Jeni berjumpa dengan Joo Dan Tae dan mengatakan kontrak antara mereka tamat di mana suaminya dipenjarakan demi menyelamatkan Joo Dan Tae satu masa dulu.

15. Ibu Je Ni berbaik dengan Oh Yoon Hee dan menyesal atas perbuatannya yang lalu.

16. Seuk Yung mengugut Seo Jin akan membongkar rahsianya jika tidak membenarkan dia menyertai festival seni Cheonga.

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 5 - 6:




Selamat menonton.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close