Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis The Penthouse 2 Episode 9 & 10, Apa Jadi Dengan Seo Jin?

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 9 & 10. Apa terjadi dengan Cheon Seo Jin? Dalam episode 7 & 8 sebelum ini, Seo Jin sudah dapat melihat watak sebenar Joo Dan Tee yang kejam dan ganas. So far, dia terlibat dengan pembunuhan Min Seol A, Shim Su-Ryeon, Bae Ro Na dan kini cuba membunuh Na Ae Gyo, wanita bertatoo. Kali ni apa pula rancangan Joo Dan Tee terhadap Seo Jin yang sedang membuat rancangan balas dendam kepada Joo Dan Tee. 

Bila diperhatikan, kesian pulak dengan Seo Jin. Setiap kali dia dah insaf, dah menyesal.. ada je benda buruk yang datang dan menjadikan Seo Jim dalam keadaan terhimpit dalam masalah demi masalah. Kita pulak yang penat tunggu setiap episode nak tamat.

Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life Judul Korea: 펜트하우스 2


Info ringkas Penthouse 2 - War in Life


Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)

Para pelakon : Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Kim So Yeon, Yoon Jong Hoon, Eugene dan Park Eun-Seok dan ramai lagi.

The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.


Sinopsis The Penthouse 2 Episode 9 & 10, Apa Jadi Dengan Seo Jin? 


Spoiler episode 9 & 10 yang disiarkan.. apa jadi dengan Seo Jin agaknya? Dapatkah dia menyelamatkan diri dari Joo Dan Tee? Baiklah.. Kita tengok sinopsis nya.

1. Logan Lee tahu Na Ae Gyo adalah Shim Su-Ryeon. Dan wanita itu masih hidup! Namun Na Ae Gyo menafikan yang dirinya adalah Shim Su Ryeon.

2. Joo Dan Tee tahu akan perbuatan Yoon Hee dan dia mengamuk lagi. Joo Dan Tee bertemu dengan Na Ae Gyo dan mereka saling bergaduh. Na Ae Gyo tidak mahu berurusan lagi dengan orang yang pernah mahu membunuhnya.

Sementara itu, Logan Lee & Yoon Hee membuat rakaman perbualan Joo Dan Tee & Na Ae Gyo.

3. Seo Jin datang ke rumah Joo Dan Tee dan mencari rantai kepunyaan Eun Byeol. Tetapi tertangkap oleh Joo Dan Tee. JDT mengugut Seo Jin supaya mengikuti segala arahannya.

Seo Jin dalam keadaan amat tertekan. Dia bertemu dengan bekas suaminya.

4. Ha Yoon Chul hairan ketika dapat kad perkahwinan bekas isterinya. Padahal, Seo Jin baru menyatakan keinginan mahu berbaik semula dengannya dan akan membatalkan perkahwinan dengan Joo Dan Tee. Apakah sebenarnya yang terjadi?

5. Seo Jin menyuruh Ha Yoon Chul pergi sebelum tarikh perkahwinannya dengan Joo Dan Tee. Apakah yang mereka rancangkan? Apakah Yoon Chul ada rahsia silam dengan Joo Dan Tee? 

6. Ibu dan adik Seo Jin mahu memecatnya dari jawatan di Yayasan Cheonga tetapi undi memihak kepada Seo Jin. Seo Jin kekal sebagai pengerusi Yayasan Cheonga.

7. Joo Seuk Hoon berusaha bersungguh-sungguh agar Eun Byeol ingat semula kejadian pada malam pembunuhan. Dia berpura-pura rapat dengan Eun Byeol. 

8. Oh Yoon Hee memberitahu si kembar bahawa ibunya yang sebenar masih hidup. Na Ae Gyo memerhatikan saja dari jauh.

9. Ha Yoon Chul pergi bertemu Joo Dan Tee dan meminta lelaki kejam itu membatalkan perkahwinannya. Tetapi, kemudian Ha Yoon Chul pula yang dibelasah oleh pembantu Joo Dan Tee. Yoon chul berjanji akan membunuh Joo Dan Tee!!

Joo Dan Tee sebenarnnya yang membunuh Ro Na ketika di hospital!!

Na Ae Gyo bertemu Joo Dan Tee lagi. Dia masih tidak mempercayai JDT. Logan Lee merakam perbualan mereka lagi. 

10. Seo Jin marah Joo Dan Tee membelasah Yoon Chul. 

11. Pembantu rumah Seo Jin sentiasa memerhatikan keluarga tersebut. Dia akan update kepada Logan Lee & Yoon Hee.

12. Jen Ni baru mengetahui pekerjaan ibunya di sauna. Tetapi dia tetap memberikan sokongan kepada ibunya dan bersikap positif.


11. Ya. Terbongkar sudah.. Na Ae Gyo adalah Shim su Ryeon yang masih hidup. 


12. Ha Yoon Chul dan Ha Eun Byeol mahu berangkat ke luar negara. Tetapi telah ditahan oleh pihak polis. Ia adalah perbuatan Joo Dan Tee juga.

13. Seo Jin menyerahkan cop syarikat kepada Joo Dan Tee. Seo Jin setuju berkahwin dengan Joo Dan Tee. 

Sementara itu, Eun Byeol telah teringat semua kejadian pada malam festival seni cheonga. Bukan dia yang membunuh Ro Na.

Dapatkah Eun Byeol menyelamatkan ibunya dari jadi mangsa Joo Dan Tee?

Sinopsis Episode 10 Penthouse 2;

1. Pada majlis perkahwinan Seo Jin dan Joo Dan Tee, berita penangkapan Yoon Chul tersebar. Seo Jin meninggalkan majlis perkahwinannya untuk pergi berjumpa Yoon Chul.

2. Dalam penjara, Mr Park sebenarnya telah dipukul oleh pembantu Joo Dan Tee untuk mengaku bahawa di diugut oleh Yoon Chul dan lelaki itu merasuahnya agar menutup mulut.

3. Seo Jin bertemu dengan Yoon Chul di penjara. 

4. Eun Byeol telah mendapat kembali ingatannya bahawa dia telah membunuh Ro Na dengan trofi di bahu. Tetapi bukan di kepalanya. Seo Jin meminta Eun Byeol menceritakan segalanya dengan terperinci.

5. Na Ae Gyo menunggu Joo Dan Tee di villa, seperti Joo Dan Tee telah mengesyaki bahawa Na Ae Gyo adalah Shim Su-Ryeon.

3. Joo Dan Tee telah menunjukkkan belang sebenarnya kepada Cheon Seo Jin. Wanita itu amat terkejut. Dia sedar bahawa JDT berkahwin dengannya hanya kerana wang dan kekayaan. JDT juga mahukan Medical Centre Cheonga.

4. Shim Su-ryeon (Na,Ae Gyo) telah membida tanah di Cheonsu, urusniaga untuk Joo Dan Tee. Logan Lee yakin bahawa wanita tersebut adalah Shim su-ryeon. 

5. Joo Dan Tee telah mengurung Seo Jin dalam bilik rahsianya.

8. Plot twist!! AKHIRNYA terbongkar Bae Ro Na adalah anak kandung Yoon Chul. 

9. Shim su-ryeon memerangkap Joo Dan Tee untuk mengakui bahawa dialah dalang utama kejadian pada malam festival seni Cheonga. Perbulaan tersebut dirakam dan diketahui oleh Yoon Hee.

10. Pada hari lelongan lot 27 Cheonsu, Shim su Ryeon berjaya memenangi bidaan lot Ceonsu pada harga 50 million. 

11. Ketika berada di rumah Joo Dan Tee, Seok Hoon membantu Seo Jin melarikan diri. Kemudian, Yoon Hee menyelamatkannya. Seo Jin memohon bantuan Yoon Hee untuk berdepan dengan Joo Dan Tee. Kerana, dia tahu JDT mungkin pembunuh sebenar Ro Na.

12. Akhirnya Logan Lee tahu identiti sebenar Na Ae Gyo bahawa memang dia adalah Shim su-ryeon. 

Jumpa seterusnya dalam episode 11, apakah yang akan berlaku? Sama-sama kita nantikan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close