Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Top 10 Entri Di Aynorablogs.Com Sepanjang Masa

Top 10 Entri Di Aynorablogs.Com Sepanjang Masa. Blog aynorablogs.com dah berusia 10 tahun pada tahun 2021 ini. Bukan sedikit dugaan dan cabaran yang dilalui. Ada jatuh dan bangun. Ada suka dan duka. Tak semuanya indah-indah ya. Secara ringkas, aynorablogs adalah gabungan nama sebenar saya dan juga perkataan blog, yang nenunjukkan kecintaan saya dalam menulis blog. Kalau dulu suka tulis sajak, puisi, cerpen, novel.. saya letakkan dalam blog alternatif saya yang bernama mykarya.com. Kalau uolss nak baca karya penulisan saya, bolehlah jenguk-jenguk kat situ.. hehe.. 

Aynorablogs.com adalah blog berkonsepkan umum dan menghasilkan entri utama dari niche resepi, info, kekeluargaan, motivasi, tazkirah dan beberapa niche lagi yang berkongsikan manfaat kepada pembaca blog ini.


Top 10 Entri Di Aynorablogs.Com Sepanjang Masa


Top 6 entri sepanjang masa setakat tahun 2021 adalah seperti berikut;

Tpo 10 Entri Dengan Pageviews Tertinggi Sepanjang Masa

1. Ucapan Selamat Hari Lahir & Harijadi Buat Tersayang - pageviews 1.07 juta

2. Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat - pageviews 724,000

3. 9 Cara Buat Air Detox Sendiri - pageviews 580,000

4. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api - pageviews 381,000

5. Resepi Sotong Goreng Tepung - pageviews 376,000

6. Koleksì Aneka Resepi Udang - pageviews 363,000

7. Cara Buat Puding Jagung Kastard Yang Sedap - pageviews 347,000

8. Cara Buat & Resepi Kuih Siput Yang Rangup - pageviews 217,000

9. Resepi Asli Asam Pedas Johor - pageviews 212,000

10. Resepi Biskit Suji Mudah Sukatan Cawan - pageviews 169,000

Oleh kerana blog ini diasaskan secara rasmi pada tahun 2011, maka ada yang kata berbaloi lah dengan tempoh yang agak panjang itu. 

Tetapi tahukah anda, kebanyakan entri yang mendapat PV yang tinggi adalah entri yang ditulis pada tahun 2016 dan ke atas. 

Kebanyakan entri terdahulu tak mencukupi syarat-syarat SEO sesebuah artikel. Contohnya, tidak letak gambar, artikel terlalu pendek, tulisan tidak mengandungi keywords yang diperlukan, menggunakan template blog yang tidak mesra SEO dan banyak lagi. Sebab itu, entri awal dari tahun 2011 kurang mendapat PV. 

Proses mendapatkan kepercayaan pembaca blog amatlah sukar dan memakan masa yang agak lama. Senjatanya adalah terus bertahan dan menulis lah selagi minat itu ada!

Sekali anda berhenti menulis blog, anda akan menghadapi waktu sukar untuk memperoleh meomentum itu semula. Idea pun dah susah nak datang, persaingan sengit dari ratusan ribu blog yang muncul dengan niche yang sama.. lagi menyukarkan "comeback" anda.

Selamat berblog! Semoga kita semua berjaya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close