Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki

Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki. Apakah kaki anda jenis runcing, kecil atau lebar? Berapakah saiz tapak kaki anda, untuk membeli kasut? Musim datang bersilih ganti sekali gus pantas menukar gaya fesyen terkemuka. Perhatikan koleksi kasut jenama terkenal seperti Jimmy Choo, Sergio Rossi, Giuseppe Zanotti atau jenguk ke butik Vincci atau Nose, mainan warna, ketinggian serta bentuk tumit sangat ketara. Daripada serendah kasut leper ‘ballerina’ atau flat hingga pilihan kasut baji dan stiletto bertumit enam inci, memang semuanya menjadi kegilaan wanita. Tanpa sedar, kegilaan terhadap kasut kadangkala tidak menepati kehendak individu yang akhirnya bukan hanya merugikan wanita tapi turut menjejaskan kesihatan tulang belakang mereka. Pereka kasut, Rozeeyadi Abdul Manan, berkata mereka kasut bukan hanya difokuskan terhadap keindahan rekaan serta mengikut gaya semasa tapi sebagai pereka, mereka juga tidak meminggirkan soal keselesaan kepada pemakai. 

“Bagaimanapun, penting bagi seorang pembeli mempunyai pengetahuan asas mengenai kasut untuk dijadikan panduan ketika membeli. Ada yang mengandaikan bertumit tinggi boleh membuatkan anda kelihatan seksi tapi elakkan memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tumit kaki. 


Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki


“Jika anda tidak mahu tumit kaki anda pecah dan merekah, tumit kasut paling ideal adalah dua setengah inci hingga tiga inci dan mungkin ia dapat membantu mengekalkan kehalusan kulit kaki anda,” katanya. 

Pilihan Kasut Yang Sesuai Mengikut Jenis Kaki

Tapi jika anda tetap mahu bertumit tinggi, pastikan ia tidak disarung melebihi enam jam sehari. Jadi, simpanan sandal leper atau selipar wajib ada di pejabat atau di dalam kereta. 

Selain masalah tumit, ada individu mempunyai kaki berbentuk lebar sehingga menyukarkan mereka memilih kasut. 


Rozeeyadi berkata, mereka yang berkaki lebar perlu memilih kasut dengan bukaan depan yang lebar. 


“Memilih kasut bertali juga kadangkala mengundang masalah. Seelok-elok ketika memakai kasut bertali pastikan tiada satu pun jari kaki yang terkeluar di antara tali terutama jari paling kecil. 

“Jika ingin membeli kasut bertutup, beli satu saiz lebih besar daripada saiz yang selalu dipakai atau cuba berjalan dulu sebelum membeli. Kaedah ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai kaki yang lebar serta agak berisi kecuali jika kaki anda bersaiz biasa,” katanya. 

Rozeeyadi berkata, tidak semua kasut sesuai dengan semua jenis kaki. 

Ada wanita yang mempunyai masalah gerbang kaki (arch) tinggi dan mereka disarankan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tulang. Justeru, jika anda menggilai kasut, teliti dulu adakah kemahuan dan kehendak berbaloi dengan apa yang bakal anda terima di kemudian hari. 


INFO Jenis kasut dan fungsi 


Info jenis kasut di bawah ini mungkin berguna kepada anda sebagai satu panduan sebwlum membeli kasut kesukaan.

Kasut sandal tumit tinggi 


Ia boleh dipakai siang dan malam. Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan. Satin, sutera atau material polos dikategorikan sebagai 'evening shoes', kulit dan PU untuk kegunaan harian. 

Kasut bertutup (court shoes) 


Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat. Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai. 

Peep-toe 


Ia bersifat dua fungsi. Sesuai untuk ke pejabat dan boleh juga dikenakan ketika bersantai. 

Kasut tapak rata (flat) 


Kasut ini lebih sesuai untuk bersantai dan ia juga digemari remaja kerana memudahkan pergerakan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju. 

Ballerina, flat court shoes 


Kasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai. Ia juga tidak terlalu menyerlah kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana. 

Kasut baji (wedge) 


Ia sesuai untuk dikenakan mereka yang banyak berjalan. Tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal. Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan. 

Platform 


Mereka yang suka kasut bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini. Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. Jadi risiko untuk tergelincir adalah kurang. 

SUMBER DARI BERITA HARIAN

Semoga perkongsian mengenai kasut yang sesuai untuk kaki seperti di atas akan membantu anda membuat pilihan kasut yang selesa dan harga yang berpatutan. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close