Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Coach Ellie File Bag Warna Merah Memang Menawan!

Beli Beg Ellie File Coach Merah. Hmm.. kita shopping lagi, nak beli beg kat JPO susah pulak kena queue panjang, waktu belek beg pun terhad sebab musim pandemik ni kan.. jadi shopping online je la ya. Kali ini kita shopping di Online Premium Outlet yang pertama di Malaysia iaitu SELLECTION.COM. Kalau uolss follow blog ini, pasti korang tahu yang saya ni memang penggemar handbag. Dari yang local sampailah yang brand overseas punya. Harga berpatutan, saya akan beli. Hehe..

So, kali ini saya window shopping lagi.. belek bag baru sampai. Mana ada berkenan saya akan add to cart. Hehe.. belinya entah bila. Kan? Perempuan kan macam tu, masuk cart dulu, belinya fikir 10 kali. Nampak yang lain semua cantik, takkan nak beli semua?? Siapa nak pakai, kan? Dah la saya sorang heroin kat rumah ni..


Beli Beg Ellie Coach File Beg Merah 


Nak beli beg online mudah saja, ikuti arahan pada sistem, buat bayaran dan kemudian barang akan di post dengan cepatnya. 

Beli Coach Ellie File Bag Warna Merah Memang Menawan!

Jenama Coach yang jadi antara kegemaran saya selain Michael Kors dan Kate Spade. Harganya yang berpatutan, dengan kualiti yang bagus setanding dengan beg tangan jenama mewah yang lain.

Lagi satu, fashion bag yang sesuai digayakan ke mana saja samada ke tempat kerja atau santai bersama family, antara faktor kenapa saya gemar beli jenama Coach ni. Fesyen dia tak pelik-pelik. Hehe..

Beli Coach Ellie File Bag Warna Merah Memang Menawan!

Antara promosi terbaru di SELLECTION.COM. Boleh dapatkan handbag branded tetapi harga berbaloi, di Online Premium Outlet ini.

Beli Coach Ellie File Bag Warna Merah Memang Menawan!

Coach Ellie File Bag In Red, boleh digayakan di bahu atau crossbody. Sebab tali dia boleh laras @ adjustable. So simple tetapi mempersonakan mata saya.. 
Bayaran boleh dibuat dengan transfer online, kad debit atau kad credit. Tiada masalah. 

Jika anda kurang yakin kepada seller online yang jual beg tangan branded dan original, anda kena kenali dulu siapa owner dia, wujud atau tidak kedai fizikal dia. Jika tiada kedai, anda kena lihat dulu history atau review daripada pembeli yang lepas-lepas. 

Kena tunggu dulu, lihat beberapa kali, aktif atau tidak seller tersebut. Itu yang saya buat dan kemudian bila dah yakin, baru beli. Mulakan beli barang yang murah dulu, jika tertipu tak la rasa rugi sangat.

So, kena berhati-hati bila membeli secara online. Tetapi dengan SELLECTION.COM.. saya dah berurusniaga banyak kali, dari awal dia belum buka kedai sampai dah ada kedai fizikal dan sistem e-commerce yang mudah dan pantas.

Semoga bermanfaat. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close