Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan

Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan. Kita nak puasa dah, kemudian datang hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari raya aidil fitri. Hari raya wajib disambut  dengan gembira kerana kita telah berjuang berpuasa selama sebulan dalam bulan ramadhan. Berpuasa melawan nafsu dan berjuang menggandakan amalan kita untuk mendapatkan barakah puasa tersebut. Justeru, untuk membolehkan semua orang susah atau senang menyambut raya dengan gembira, kita wajib bayar zakat fitrah bagi membantu golongan yang amat memerlukan. 

Jadi, bila kah waktu yang sesuai membayar zakat fitrah? Adakah pada awal ramadhan, pertengahan atau pada pagi hari raya?


Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan


Apakah hukumnya keluarkan zakat fitrah lebih awal, dan bukannya pada pagi hari raya? 

Hukum Keluar Zakat Fitrah Pada Awal Atau Pertengahan Ramadhan

Ada beberapa hukum seperti yang digariskan oleh Mufti, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sila rujuk seperti berikut:

1. Harus mengeluarkan zakat fitrah pada sehari atau dua hari sebelum raya. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut mazhab Malik dan Hambali.

2. Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadhan, ini satu pendapat dalam mazhab Hambali.

3. Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie dan satu pendapat dalam mazhab Hambali.

4. Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadhan. 

5. Mengikut Ibn Ruslan, hukum melambatkan zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama'. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib di qada'. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tak akan gugur dengan luput waktunya.

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan rujukan dan panduan kita bersama.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close