Salam Aidilfitri 2021, Hari Raya Dalam PKP

Salam Aidilfitri 2021, Hari Raya Dalam PKP. Hari raya aidilfitri 2021 disambut dalam keadaan pandemik covid-19 masih belum reda. Seperti tahun 2020, hari raya tahun ini pun tidak boleh kemana-mana. Masak sendiri, makan sendiri dan yang kemas pun kita sendiri. Tak ada acara bermaafan sesama keluarga adik beradik dan orang tua. Segalanya dilakukan secara online. Alhamdulillah.. walau begitu ia bukan alasan untuk tidak menikmati hari raya seadanya.  

Salam Aidilfitri 2021, Hari Raya Dalam PKP

Sempurna berpuasa dibulan mulia, berkat kesabaran dan iman didada, syawal menjelma disambut gembira, mohon kemaafan dari kami sekeluarga.

Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Aynorablogs Dot Com

Tiada kata seindah zikir, 
Tiada hari semulia aidilfitri
Izinkan tangan bersimpuh atas lisan
Yang tak terjaga dan hati yang berprasangka.
Selamat hari raya aidil fitri
Mohon maaf zahir dan batin..

Salam Aidilfitri 2021 Kepada Semua Pembaca Aynorablogs Dot Com


Saya selaku pemilik aynorablogs dot com ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir batin. Mungkin sepanjang saya bersiaran secara maya melalui aynorablogs dot com, ada perkara yang telah mengguris luka.. maafkanlah hamba yang tak sempurna ini.

Semoga syawal kali ini menemukan kita dengan keceriaan, kebahagiaan dan kemenangan yang hakiki. Bergembiralah di hari raya. Kerana kita telah melepasi ujian Ramadan yang Allah berikan kepada kita selama sebulan yang lalu.

Syawal adalah masanya kita mengeratkan silaturrahim, mendekatkan yang jauh dan saling bermaaf-maafan sesama kita, walau dalam norma baharu. Walau PKP, raya tetap hari yang menggembirakan dan kemenangan buat kita.

Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Aynorablogs Dot Com

Meski wajah tak mampu berjumpa. Tangan tak bisa saling berjabat. Semoga coretan kata ini mampu menjadi jambatan di hari penuh kemenangan. MINAL AIDIL WAL FA'IZIN..

Janganlah membazir dalam bulan yang mulia ini, bersederhana adalah amalan yang baik dan bantu lah orang yang dalam kesulitan dengan sedaya upaya kita. Yang penting ikhlas.

Selamat hari raya semua!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close