Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Intelligent Pressure Cooker Primada Di Go Shop

Beli Intelligent Pressure Cooker Dari Go Shop. Ginilah gayanya jika work from home, sambil buat kerja sambil tengok rancangan Go Shop, maka terbeli pressure cooker pulak kali ini. Entah dah berapa kali atau berapa ribu duit saya habis kat Go Shop ni, rasanya lebih dari RM10,000 kut. Kalau rajin, anda boleh search kat menu di atas tu entry yang pernah saya tulis tentang pembelian barangan Go Shop. Pandai betul depa memujuk rayu kita kan?? Bukan apa, penerangan dia macam berguna dan senang nak gunakan peralatan dia terutamanya barangan atau gajet di dapur.

Yang pasti saya amat berpuashati dengan gajet dapur saya yang semuanya beli di Go Shop seperti rice cooker, air fryer, avon, wok, pressure cooker dan banyak lagi. Haha.. 

Beli Intelligent Pressure Cooker Primada Dari Go Shop
Yeayy!! Dapat dah Intelligent Preassure Cooker Primada saya....

Beli Intelligent Pressure Cooker Primada Dari Go Shop

Nampak tak item yang free gift tu.. itulah bestnya beli kat Go Shop, dapat extra dan extra lagi. Hehe, kalau saya tak suka dengan free gift tu, saya bagilah kat adik beradik atau kekawan.. tak membazir pun..


Beli Intelligent Pressure Cooker Primada Dari Go Shop


Barang yang dibeli telah sampai dengan jayanya. Lori GDex yang hantar, mulanya guna alamat pejabat tetapi kerana FMCO 3.0, semua jadi kelam kabut sikit. Saya terlupa nak tukar default address dalam history Go Shop. Lepas lebih 2 jam baru perasan alamat tu office, tak ada orang nak acknowledge barang yang sampai nanti. 

Atas budi baik driver GDex, dia boleh hantar ke alamat rumah pulak. Kalau tak boleh tukar tadi, saya redha je kalau barang tersebut kena re-schedule penghantarannya. Lagi pun tak la urgent..

Akhirnya barang dah sampai dengan selamat.

Beli Intelligent Pressure Cooker Primada Dari Go Shop

Ini lah set intelligent preassure cooker primada 6 liter yang saya baru terima. Sangkakan tak dapat dalam 3 hari, rupanya dapat. Kalau dah rezeki tak ke mana, betul tak?

Beli Intelligent Pressure Cooker Primada Dari Go Shop

Gambar atas, sebelah kiri tu Nakada Air Fryer 4 liter yang saya beli kat Go Shop dulu, kalau tak silap masa bulan ramadhan tu. Kerap saya guna dah, best dan amat senang digunakan. Hehe..


Dah lama nak beli pressure cooker, tak kisah jenama pun. Tapi macam tak ada keperluan, saya lewatkan pembeliannya. Saya nak yang simple je, tak nak besar atau pun kecil sangat. So, saya cari yang 6 liter punya. Boleh lah untuk keluarga kecil kami 4 orang.

Oh ya, selain intelligent preassure cooker primada tu, saya dapat free gift stainless steel periuk 6 liter dan Nakada Electric BBQ grill & steambot pot. Itu semua cuma RM499.00, di tolak dengan go point Go Shop, saya cuma bayar RM474.00 je.. memang rasa seronok membeli di Go Shop la..

Ini bukan review dibayar ye, ia sekadar kepuasan hati pengguna macam saya. Since saya tak aktif di lain-lain media sosial, maka saya kongsikan perasaan gembira dan suka tersebut di blog picisan saya ni.

So, kalau korang memang suka memasak, suka dapur nampak kemas dan simple tetapi gajet memasak tu amat memudahkan.. maka buatlah pilihan yang betul dalam membeli produk atau peralatan memasak yang berbaloi-baloi.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close