Beli Durian Kawin Isi Pun Tebal Dan Sedap

Advertisement

Beli Durian Kawin Isi Pun Tebal. Dah lama rasanya saya tak buat kerja beli durian, cari durian dan makan puas-puas. Berapa pun harganya (yang mubasabah), saya akan beli. Sebab, saya peminat tegar durian, terutama durian musang King. Sebelum ini, saya sering beli durian frozen musang King & D24. Ada yang betul-betul sedap dan ada juga yang kuliti durian frozennya dah agak rosak. Walau dah bayar beratus-ratus, tetap ambil jugak dan mana yang boleh di makan, kita makan la. Mana yang dah rosak, kita buat bubur atau tempoyak. Tetapi jika langsung dah tak boleh di makan, kami akan buang je. Memang rasa rugi tetapi itulah risikonya beli durian frozen. Kita kena terima lah..

Beli Durian Kawin Isi Pun Tebal Dan Sedap

Beli Durian Kawin Isi Pun Tebal Dan Sedap


Beli Durian Kawin Isi Pun Tebal Dan Sedap


Oh ya, tadi saya keluar sekejap pergi 7 Eleven sebab ambil parcel yang ditinggalkan oleh pihak courier service. Silap saya tak tukar alamat pejabat dengan alamat rumah. Maka sebarang parcel yang di order akan dihantar ke alamat pejabat.

Dalam perjalanan balik, ada pak cik jual durian tepi jalan. Saya singgah, tanya durian yang paling sedap. Dari gaya, pak cik ni tak jual durian Musang King. Jadi, saya hanya beli durian kawin dengan harga RM28 sekilo. Beli 2 biji, bila ditimbang beratnya durian tu 4 kg. Kena bayar RM112. 

Beli Durian Kawin Isi Pun Tebal Dan Sedap


Korek wallet hanya cash ada RM55. Saya tawarkan diri nak transfer online. Tetapi pak cik ni kata dia tak pandai online semua ni. Dia kata ambil dulu, esok-esok bayar. Mulanya saya tak nak, tapi pak cik tu kata tak apa. Esok lusa bayar pun tak apa.. Hehe

Saya pun ambiklah 2 biji durian tu, menonong ke kereta. Bila dah sampai rumah, alamak.. tak tinggal pun nama kita kat pak cik tu. Contact number pun tak ambik. Memang ikhlas dan tawakkal la pak cik durian tadi. Dengan saya sekali pun tak risau, ambil durian dan terus balik. Memang orang kata, atas dasar percaya lah!

Sampai rumah, terus suruh En suami pergi bayarkan pulak, sebab masa tu dia ada kat luar, ada cari barang mengecat rumah. Cakap je tadi harga durian RM112, durian kawin.. Kihkih..

Macam tak percaya pulak, 2 orang yang saling tak kenal, boleh ambil barang tanpa bayar. Agaknya kat muka saya ni ada cop orang yang boleh dipercayai kut.. Hehe

Alhamdulillah.. durian kawin nya sedap, manis dan isi tebal belaka.. saya beli yang isinya warna kuning dan putih..

Namun, saya merasakan Musang King adalah rasa durian yang terbaik yang saya pernah rasa.๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Dapat 2 bekas ais krim yang besar tu bila dah siap keluarkan isi durian semua. Memang berbaloi la, harga pun berpatutan. Ada juga durian yang dijual pada harga RM10 sekilo, tapi jaminan rasa dan isinya tak boleh dipastikan.

Okay, durian apa yang sedang dijual di tempat anda? Dengarnya harga durian jatuh, tetapi menurut penjual cendol tadi, katanya durian harga masih mahal. Tak berani dia nak jual cendol durian.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.