Apa Khabarnya Azam Tahun Baru 2021 Anda?

Advertisement

Apa Khabarnya Azam Tahun Baru 2021 Anda? Tahun 2021 dah 6 bulan dilalui, adakah anda dapat mencapai apa yang diazamkan? Adakah sebahagian azam tersebut berjaya dilaksanakan? Jika telah berjaya, tahniah diucapkan. Namun jika masih tersekat pada azam tersebut, maka perkuatkan tekad dan usaha, anda pasti berjaya. Insya Allah..

Usah patah semangat untuk merealisasikan azam anda sebuah kenyataan. Jika tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Betul tak??

Apa Khabarnya Azam Tahun Baru 2021 Anda?


Apa Khabarnya Azam Tahun Baru 2021 Anda?


Tanya azam saya? Alhamdulillah, ada yang telah berjaya dicapai. Yang mana satu tu? Hehe.. cuba teka..

Baca azam tahun 2021 saya di sini..

Azam tahun baru 2021

Antaranya;

1. Khatam al Quran lagi
2. Perbanyak puasa sunat isnin dan khamis
3. Membuat simpanan RM1,500 sebulan (kena kurangkan shopping)
4. Buat duit dengan blog minima RM500 sebulan

Daripada 4 azam 2021 tersebut, nombor 1 dan nombor 3 belum nampak bayang kejayaannya. Akan saya usahakan lagi, dengan izin Allah.

Untuk azam nombor 2, saya ada buat selang minggu puasa sunat isnin dan khamis. Akan digandakan semangat dan kemahuan untuk puasa sunat setiap minggu pula.

Manakala, azam nombor 4.. ada beberapa kali juga income blog dapat mencapai RM500 sebulan dan lebih, masa bulan puasa income blog mencecah 4 angka. Kerana, ia bergantung kepada niche carian yang betul yang saya tulis, adakala entry yang kita buat tak menepati carian orang ramai. Redha je la.. 

Walau baru bulan 6, tetapi kita kena kuat usaha dan jangan berputus asa mengejar azam yang kita lakarkan. Jadikan ia pembakar semangat agar salah satu azam yang anda tuliskan berjaya dicapai.

Semoga kita semua mencapai kejayaan dalam setiap apa yang kita impikan.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.