Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Potong Serai Yang Betul Untuk Masakan

Cara Potong Serai Yang Betul. Kita belajar balik asas memasak, memotong sayuran atau bahan masakan dengan cara yang betul. Salah satu bahan memasak yang buat orang keliru adalah serai. Saya sangka dulu pokok serai tu lalang, yang banyak di keliling rumah. Habis semua kita orang tebang dan bakar. Maka mengamuklah ayah bonda kat kita orang. Masa itu kami baru bertiga termasuk saya dan sorang abang serta kakak. Tengah lasak dan budak baru nak membesar, bila disuruh membersihkan sekitar rumah, maka serai yang disangka lalang itu jadi mangsa.

Dekat seminggu juga kami kena leter sebab tak kenal pokok serai dan lalang!! Memang confuse kan? Tak caya tanya anak-anak kita yang umur 4 hingga 8 tahun tu, kenal tak pokok serai?? Hehe..

Cara Potong Serai Yang Betul Untuk Masakan

Info dari Wikipedia, serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.


Cara Potong Serai Yang Betul


Berbalik pada kisah pokok serai, sebenarnya cara nak potong pokok serai tu macam mana?

Jom kita lihat cara di bawah;

1. Potong batang serai hingga ke akarnya. Bukan ambil daunnya sahaja. Kalau kuat, cabut sekali satu rumpun serai tu.

2. Bila hendak memasak dan hanya buat kaedah ketuk, bahagian batang yang gemuk sikit tu (berbau harum) kerat sekitar 5 - 6 inci. Bukan ambil semua hingga ke hujung daun. Pastikan akar bunjutnya buang sedikit, sebab takut ada serangga di dalamnya. Lepas tu ketuk dengan lesung pun boleh.

Cara Potong Serai Yang Betul
Serai dipotong lebih kurang 4 - 5 inci

3. Untuk kaedah kisar serai, pastikan bahagian yang bawah kembung tu, buang bunjut akar dan hiris nipis setakat bahagian yang berbau harum. Baru mudah nak kisar dengan blender.

4. Bila hendak mula menumis, tumis serai yang diketuk tu hingga naik bau, barulah masukkan bahan tumisan lain. Tapi untuk serai kisar, ia boleh ditumis terus dengan bahan kisar yang lain.

Pokok serai mudah di tanam dan tahan lama. Kat mana je dia boleh hidup kecuali kawasan yang berpaya. Tapi kalau kawasan subur tepi bilik air (masa kat kampung), serai dapat hidup dengan jayanya!!

Pokok serai mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam tehsup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayamikan, dan makanan laut. Kalau masak makanan laut, memang saya akan letak banyak serai dan juga halia. Boleh hilangkan bau hanyir makanan tersebut.

Jadi, kalau korang masih tak tahu cara nak potong atau guna serai dalam masakan, boleh ikuti cara di atas.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close