Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Mee Kari Order Online Ketika MCO 3.0

Lunch Mee Kari Order Online. Hari ini 2 Jun 2021, hari ke dua MCO 3.0 atau First Stage MCO. Jika fasa pertama ini berjaya, keluk kes positif covid-19 dapat dilandaikan, maka fasa kedua mungkin tak perlu. Harapnya akriviti sosial dapat dijalani seperti sediakala dahulu, sewaktu Covid-19 tidak muncul di atas muka bumi ini. 

Tadi sewaktu saya keluar sekejap pergi ambil mee kari yang order online, jalan raya amat lengang. Itu pun dalam lingkungan 10 km dari rumah la.. lebih dari itu tak tau pulak. Saya pun keluar sebab nak panaskan enjin kereta je, masuk dalam restoran, bayar dan balik. Tak berani nak round satu taman ke taman lain. Nanti lain pulak jadinya.


Lunch Mee Kari Order Online Ketika MCO 3.0


Mee kari ni memang lah order online tetapi kerana restoran tersebut dekat dengan rumah, maka saya offer nak ambil sendiri.

Lunch Mee Kari Order Online Ketika MCO 3.0

Mee kari sedap, kuahnya marvellous!! Kalau anda tengok entry saya terdahulu.. entah dah berapa kali kami order mee kari kat restoran ini. Tak tahu nak kategori apa, saya rasa style mee kari dia macam mee kari nyonya. Kuah dia paling win!!

Lunch Mee Kari Order Online Ketika MCO 3.0

Harganya cuma RM7.00 sebungkus. Antara isi dia adalah ayam, tauhu, sayur sawi, tauge, fishball dan mee kuning. Ada telur rebus sebiji yang di belah 2. Ada hirisan cili hidup dan juga limau kasturi. Memang tak pernah tak habis la kuah dia. Anak saya yang kecik ni paling suka hirup kuah mee kari ni.

Dalam keadaan lockdown seluruh negara, apa salahnya kita bantu membeli jualan rakan sahabat kita. Macam saya, selang sehari saya akan order makanan dari luar. Lagipun work from home membuatkan waktu nak masak kat rumah agak terhad. Saya bekerja banyak melibatkan figure, kalau tak balance apa yang dikerjakan.. memang kelaut la mood nak memasak.. hehe

Namun begitu, jika ahli keluarga anda agak ramai, memasak sendiri adalah lebih menjimatkan. Pilihan di tangan kita, buatlah sesuatu mengikut kemampuan.

Okay, selamat berMCO 3.0 semua. Jaga diri, jaga solat.. nanti Allah jaga kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close