Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Nogori

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Nogori. Jangan terkejut eden letak tajuk hujung tu, takkan tak tau nogori tu panggilan untuk negeri mana? Tentulah Negeri Sembilan. Negeri Sembilan memanglah terkenal dengan panggilan orang nogori. Hehe.. bahasa negeri dia orang pekat betul, ada sesetengah kita langsung tak faham nak terjemahkan nya.. tetapi itulah yang menjadikan Malaysia harmoni, kan?

Tadi saya order daging salai masak lemak cili api nogori. Aduhai.. pedas dia, memang pedas. Tetapi memang gitulah resepi asli orang nogori, kena betul-betul pedas baru boleh dipanggil masak lemak cili api nogori..
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Nogori


Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Nogori

(Resepi ilham dari : Azie Kitchen)


Bahan bahan:

1 kg daging salai
1 keping asam keping
Garam secukupnya
Serbuk perasa - maggi secukup rasa 😍
1 helai daun kunyit
2 kotak santan kotak

Bahan tumbuk:

2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi kampung


Cara cara penyediaan masak lemak cili api nogori


1. Daging salai dihiris nipis dan basuh bagi membuang kesan arang dan habuk semasa proses menyalai. Masukkan dalam periuk bersama air dan direbus sehingga daging empuk.

2. Masukkan bahan tumbuk dan rebus bersama daging supaya bahan tumbuk mesra bersama daging. Masukkan daun kunyit.

3. Masukkan santan. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Kuah masak lemak cili api lebih sedap jika dibuat sedikit pekat.

Nota:
Boleh dimasukkan belimbing buluh tapi tak ada stok, jadi masukkan asam keping sahaja.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Nogori

Kalau nak masak lemak cili api daging salai style negeri masing-masing, boleh ubah suai resepi seperti di bawah;

Resepi daging salai lemak cili api style orang Johor (negeri kita.. )

  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor

  • Bahan-bahan kisar :

  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
Semoga bermanfaat. Ada yang nak cuba style semdiri atau nogori, terpulang pada citarasa masing-masing.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close