Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya!

Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya! Sejak dari dulu saya memang penggemar rojak mee. Dia punya rasa sedap tu adalah bila kuah rojak mee kita kunyah bergabung dengan rangupnya timun dan cili. Dia punya rasa dalam mulut tak boleh nak di gambarkan. 

Lagi satu, saya tak suka rasa yang macam rojak mamak. Dia ada satu rasa macam masam dan ada biji apa tah yang hitam-hitam tu.. haha, kalau boleh biarlah rasa kuah dia original melayu macam mak kita masak kuah kacang.. 

4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah ckup boleh tutup api.

4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah ckup boleh tutup api.


Rojak Mee Sedap Kerana Kuahnya!



Alhamdulillah. Sedap sangat rojak mee yang kami beli ini. Portion nya pun banyak, tak menyesal beli lebih hari tu, sebab segala bahan hiasannya seperti tempe, tauhu, tepung goreng, paru goreng, crab meat dan banyak lagi dimasak dengan lembut dan tahan lama. Tak liat pun. 

Saladnya pun segar-segar, timun yang rangup dan paling penting kuahnya yang amat sedap!! Ada rasa manis, lemak dan halus bahan kisarannya.

Memang kena repeat order la macam ni. Yang kelakarnya, anak bujang bongsu saya tu dalam senyap pergi perabis mee dengan kuah dan telur rebusnya je, isi yang lain dia tak makan. Nasib baik beli lebih.. 

Bagi saya, rojak mee kenalah makan bersama-sama mee dan segala bahan di dalamnya tu... baru ngam!!


Resepi Kuah Rojak Mee yang Paling Sedap


Bahan Untuk Kuah:

1 cawan kacang tanah (goreng dulu dan kisar)
1 senduk @ 1/2 cawan cili kisar
6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
1 labu bawang merah besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
3sdb gula (secukup rasa)
2sd garam (secukup rasa)
1sd gula merah (secukup rasa)
500ml air (secukupnya)
Air asam jawa

** kuah rojak ni mesti manis, tak cair sangat, tak pekat sangat

Cara Buat Kuahnya:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan. Bila minyak dah timbul baru masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

2. Selepas itu masukkan kacang yang dikisar, biskut marie yang dikisar. Tuang sedikit air, bagi dia agak-agak cair.

3. Lepas tu, biarkan dia mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.

4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah cukup boleh tutup api.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close