Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916

Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916. Ini namanya terapi diri bila dah penat bekerja. Kalau diikutkan, dalam family kecil kami semuanya lelaki, saya sorang wanita dalam rumah ni. Kiranya 3 lawan 1 la, bila nak shopping emas, ada je yang tarik keluar dari kedai emas. Tapi bila keluar dengan kekawan.. dapat lepas diri sekejap, rasa gembira tak terkata. Kalau boleh nak borong satu kedai emas tu..

Cerita sikit pasal barang kemas, saya sendiri telah banyak kali terlupa simpan cincin di mana-mana, jika pindah rumah memang langsung tak jumpa dah. Bukan sekali dua, lebih dari itu. Sebab tu saya hanya ada 2 cincin je dalam satu-satu masa.. kalau gelang banyak lah.. hehe

Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916

Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916


Emas ada banyak jenis dan karat. Paling terbaik tentu lah emas 999, yang mana kandungan emasnya hampir 100%. 

Emas 999 lebih sesuai dijadikan simpanan untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi pada masa akan datang kerana kandungannya yang tiada campuran, hampir 100% emas.

Namun kalau ikut tauke kedai emas, emas 916 yang paling disukai oleh rakyat Malaysia kerana ia boleh dibentuk dengan reka bentuk yang cantik dan unik. Kalau emas terlalu lembut, ia juga agak sukar untuk mereka bentuk ukiran yang disukai pelanggan.

Pilihan saya tentulah emas 916. Selain ada banyak design, harganya pula jauh lebih murah berbanding emas 999. 

Ketika saya membeli emas hari tu, harganya RM252 segram. Dapat lah tangkap 1 ketul gelang tangan seberat 32.4 gram dengan cincin 6.02 gram. Benar kata orang, kalau rasa nak reward diri sendiri dan anda ada rezeki lebih, apa salahnya. Betul tak?

Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916

Ada pula reward diri dengan beli basikal berharga RM1,300. Ada yang lebih berkemampuan boleh beli basikal yang harga RM30K. Ikut lah kemampuan kita.

Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916. Bila ditanya dekat anak bujang yang 2 orang tu, dikata membazir la bu.. Hehe, dia orang tak tau, itulah pelaburan terbaik selain daripada simpanan wang tunai. Pelaburan untuk digunakan ketika sempit nanti.. 

Belanja Diri Sendiri Cincin & Gelang Emas 916

Sebab itu, jangan menyesal bila anda terbeli emas yang banyak. Kerana emas sentiasa tinggi nilainya, kalau ada menyusut pun sehari dua je, kemudian dia akan naik dan naik lagi.

Reward la diri anda dengan sesuatu yang berharga, kerana diri anda tidak ternilai harganya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close